Polis cari penunggang buat aksi superman di lebuhraya

98

Polis sedang mengesan beberapa penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya di KM354.1 hingga KM 354.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan selepas rakaman video mereka tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintenden Mohd Fadzil Ismail berkata pihaknya mengesan sebuah video yang dimuatnaik akaun Facebook Perak Press yang memaparkan beberapa penunggang motosikal membuat aksi ‘superman’.

“Tindakan itu boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Kes disiasat di bawah Seksyenย 42(1) APJ 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik IPD Tapah, Sarjan Sadri Omar di talian 05-4011222,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Tambah beliau, polis menasihatkan orang ramai sentiasa memandu dan menunggang dengan berhemah dan mengamalkan sikap sabar di jalan raya agar dapat mengelakkan daripada berlakunya kejadian tidak diingini.ย 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here