
Tular di media sosial, video rakaman orang awam menunjukkan seorang wanita berbangsa Cina bertindak menyerang penunggang motosikal sekitar Metropoint, Kajang, pada Rabu.
Mangsa menghentikan keretanya selepas melanggar sebuah motosikal lalu keluar dari kenderaan dan menyerang beberapa individu.
Susulan tindakan itu, dipercayai wanita berkenaan telah mencederakan dua penunggang motosikal yang berada di lokasi kejadian sebelum melarikan diri ke dalam pusat membeli belah Metropoint.
Wanita itu juga dilihat cuba menikam beberapa orang awam dan penunggang motosikal cuba menahan suspek yang kemudian melarikan diri ke dalam sebuah pusat beli-belah tersebut.
Dipercayai dua orang awam berjaya menahan wanita tersebut lalu merampas pisau suspek dan kemudian ditahan oleh pihak berkuasa.