
Tidak perlu menunggu lama selepas pelancaran model baharu Jaecoo J8, pihak Omoda | Jaecoo Malaysia mempunyai perancangan tersendiri untuk terus memancing minat rakyat Malaysia.
Bertempat di Desa Park City, Omoda | Jaecoo Malaysia akan menganjurkan Karnival Omoda | Jaecoo pada 21 hingga 24 Ogos ini, menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dinikmati keluarga dan rakan-rakan.
Ada tiga perkara yang bakal menanti rakyat Malaysia di Karnival Omoda | Jaecoo:
1. Sesi pra-tonton Jaecoo J5
Selepas pelancaran model J8, Omoda | Jaecoo Malaysia dijangka melancarkan model SUV baharu J5 yang lebih kecil dan harga mampu milik.
Dengan rekaan yang mirip kepada SUV mewah buatan Britain dan enjin 1.6L yang berkuasa, Jaecoo J5 mampu menggegarkan pasaran SUV segmen B kelak.
2. Omoda C9 PHEV
Komited untuk meluaskan lagi penawaran SUV di Malaysia, Omoda | Jaecoo akan turut memperlihatkan SUV Omoda C9 PHEV.
Selain penawaran yang kekal praktikal, Omoda C9 PHEV dilengkapi dengan Super Hybrid System (SHS) yang terdiri daripada enjin 1.5L turbo, tiga motor elektrik dan transmisi hibrid tiga-kelajuan – jauh lebih bertenaga berbanding Jaecoo J7 PHEV.
3. Promosi hebat untuk model Jaecoo J7
Jaecoo J7 merupakan produk SUV yang popular di kalangan rakyat Malaysia.
Jadi, hujung bulan ini merupakan masa yang sesuai untuk anda merasai sendiri pengalaman pemanduan Jaecoo J7.
Untuk itu, Omoda | Jaecoo Malaysia menyediakan promosi Merdeka eksklusif bagi mereka yang mahu mendapatkan model J7 bersempena dengan Karnival Omoda | Jaecoo seperti berikut:
· J7 AWD – kadar faedah 0.7 peratus atau pakej servis 7-tahun percuma
· J7 2WD – kadar faedah 0.8 peratus atau pakej servis 5-tahun percuma
· J7 PHEV – jaminan bateri selama 10 tahun atau had perbatuan 1,000,000 km
Luangkan masa hujung minggu anda dengan berkunjung ke Karnival Omoda | Jaecoo di Desa Park City pada 21-24 Ogos ini.
Selain melihat dengan lebih dekat barisan SUV premium Omoda | Jaecoo, anda juga boleh memandu uji model kegemaran selain memenuhkan perut dengan hidangan yang lazat di sana.
Tunggu apa lagi? Tekan PAUTAN INI untuk membuat tempahan slot sesi pandu uji model kegemaran anda sekarang!