#MAS2025: Omoda C7 dipertonton – PHEV, 1,250km setiap tangki penuh

28

Jaecoo meraikan ulang tahun pertamanya di Malaysia Autoshow 2025 dan serentak itu, mengumumkan jenama baharu. Mereka akan dikenali sebagai Omoda Jaecoo.

“Pembaharuan jenama ini mencerminkan keyakinan kami terhadap pasaran dan peluang pertumbuhan di sini,” kata Naib Presiden Omdoa Jaecoo, Emily Lek, di majlis pelancaran tersebut.

“Berbekalkan angkatan kenderaan kami yang canggih dan berprestasi tinggi, kami berusaha membawakan pengalaman gaya hidup yang diperibadikan khas untuk pengguna selaku jenama SUV kegunaan lasak premium pencabar di Malaysia.”

Sempena pelancaran jenama yang diperbaharui ini, Omoda Jaecoo telah mempertontonkan C7 Neo Crossover. Ia diposisikan di atas Omoda 5 dan di bawah Omoda 9, bermakna C7 (atau Omoda 7) akan berada dalam segmen-C.

Omoda C7 akan ditawarkan di pasaran Malaysia dengan pakej plug-in hybrid (PHEV). Ia menampilkan Chery Super Hybrid (CSH), dengan enjin 1.5-liter 4-silinder turbo berkuasa 156PS dan 220Nm tork. Motor elektrik pula menghasilkan 204PS dan 310Nm, digandingkan dengan transmisi hibrid kelajuan tunggal.

Output keseluruhan adalah setinggi 360PS dan 530Nm, dan SUV ini boleh dipandu sejauh 95km dalam mod elektrik, dan sehingga 1,250km untuk setiap tangki minyak.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here