Perodua bakal lancar model kedua serba baharu Disember ini

57
Lakaran imej bayangan oleh @idiyaz.cg

Isnin lalu Motoqar melaporkan Perodua sedang memulakan pemasangan sebuah model serba baharu di kemudahan Perodua Manufacturing Sdn Bhd, Rawang. 

Menurut sumber, pemasangan model berkenaan masih di peringkat awal yang mana fasa ini penting bagi tujuan ujian, kawalan kualiti dan persiapan sebelum pelancaran.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengesahkan bakal memperkenalkan sebuah lagi model serba baharu tahun ini di samping kereta elektrik (EV) pertama syarikat.

“Ya kita akan lancar sebuah lagi model serba baharu tahun ini, sekitar Disember ini.

“Tapi tak guna nama Nexis,” jelasnya kepada Motoqar pada acara Malaysia Autoshow (2025). 

Khabar tentang kedatangan SUV segmen-B yang menggunakan kod D66B itu rancak diperkatakan sejak tahun lalu.

Perodua Nexis adalah nama spekulasi yang digunakan media pemotoran dalam melaporkan berita produk tersebut.

Pendaftaran cap dagang Nexis oleh Perodua adalah amalan biasa untuk melindungi nama yang mungkin digunakan di masa depan dan tidak semestinya mengesahkan nama bagi produk akhir.

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here