Perodua daftar Traz dan Nexis di MyIPO, bakal perkenal model SUV baharu?

3878

Seorang pengguna Facebook Vanhoe Rage berkongsi penemuan dua nama baharu produk akan datang Perodua yang didaftarkan di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO).

Pendaftaran yang dilakukan oleh koresponden Eunice Chan Wei Lynn pada 29 April lalu itu meletakkan nama tanda dagangan Traz dan Nexis di bawah kategori Barangan dan Perkhidmatan. 

Di bawah kategori tersebut melibatkan kelas kenderaan, automobil dan komponen kenderaan serta lain-lain. 



Menurut Funtasticko nama tersebut difahamkan merujuk kepada SUV baharu Perodua akan datang. 

Dipercayai Perodua sedang membangunkan pesaing Proton X50 yang berasaskan model Toyota. Dikatakan SUV tersebut dijana oleh enjin Dual VVT-i 1.5L dan hibrid. Kedua-dua janakuasa itu bakal menggunakan  transmisi D-CVT.

Menurut sumber Motoqar, difahamkan kemudahan Perodua kini sedang memfokuskan pengeluaran MPV Alza baharu.

Perodua bakal memperkenalkan dua produk baharu yang mana masing-masing akan dikeluarkan pada 2023 dan 2024. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here