Continental Tyre dan Castro di Malaysia terokai kerjasama tawar gabungan program kesetiaan pelanggan

549

Continental Tyre Malaysia dan Castrol Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menerokai inisiatif bersama di seluruh negara.

Kedua-dua syarikat itu menyasar untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di negara ini dengan memanfaatkan rangkaian pengedar, penawaran, dan kepakaran luas masing-masing bagi menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi, memberikan kemudahan dan pengalaman yang serba lengkap demi ketenangan minda para pengguna.



Di bawah kerjasama yang dicadangkan itu, kedua-dua pihak akan menawarkan gabungan program kesetiaan pelanggan kepada pemilik kenderaan di Malaysia di mana mereka boleh menikmati pelbagai tawaran, insentif, penebusan dan ganjaran. 

Kedua-dua jenama turut berusaha ke arah mewujudkan kerjasama yang bakal menyaksikan penubuhan kedai jenama bersama di seluruh negara dengan rancangan untuk pengembangan dan pertumbuhan.  

Majlis MoU itu disempurnakan Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova dan Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia & Singapura, Gan Wee Kiong.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here