Utama Berita Automotif MG ZS CKD bakal lancar akhir Oktober, harga bermula RM105,000

MG ZS CKD bakal lancar akhir Oktober, harga bermula RM105,000

4

Menyusuli tayangan awal di KLIMS 2026, SAIC Motor Malaysia bakal melancarkan model pemasangan tempatan (CKD) MG ZS serba baharu untuk pasaran tempatan menjelang akhir bulan ini.

Model SUV segmen-B itu ditawarkan dalam dua varian iaitu MG ZS 1.5 Turbo dan MG ZS Hybrid+ dengan anggaran harga RM105,000 bagi varian Turbo dan RM115,000 bagi varian Hybrid+ (harga Semenanjung Malaysia tanpa insurans).

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi berkata, sambutan hangat yang diterima ketika KLIMS 2026 menjadi pemangkin kepada pelancaran rasmi model berkenaan.

“Dibangunkan mengikut selera dan keperluan pengguna tempatan, MG ZS Hybrid+ menampilkan rangkaian kuasa hibrid khusus serta Transmisi Hibrid 3-Kelajuan yang mengekalkan prestasi optimum dan pemanduan yang mulus serta responsif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sempena pelancaran, 1,000 pelanggan terawal yang membuat tempahan sebelum 30 Oktober 2026 akan menikmati ganjaran eksklusif bernilai RM3,000 serta pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun.

Dari segi reka bentuk, MG ZS tampil dengan konsep anggun dan sporty menerusi:

  • lampu utama Connected Hunter Eyes
  • kemasan gril hitam
  • garis badan aerodinamik
  • lampu LED belakang
  • rim aloi moden

Sebagai SUV segmen-B terbesar dalam kelasnya berukuran 4,430 milimeter (mm) panjang dan 1,818 mm lebar, ia menawarkan ruang kabin luas dengan ruang but 443 liter yang boleh diperluas sehingga 1,457 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.

Ruang dalaman turut dilengkapi:

  • bumbung suria panoramik
  • skrin infotainment terapung 12.3 inci
  • kluster instrumen digital 12.3 inci

Bagi prestasi, varian 1.5 Turbo dikuasakan enjin petrol 1.5 liter pengecas turbo berkuasa 170 PS dan tork 275 Nm dengan transmisi CVT, mencatat penggunaan bahan api purata 6.9 liter bagi setiap 100 kilometer (km) dengan tangki 55 liter.

Manakala varian Hybrid+ menggabungkan bateri NCM 1.83 kWh, motor elektrik 100 kW dan enjin 1.5L NA berkuasa keseluruhan 215 PS dan tork 465 Nm, mampu memecut 0-100 km/j dalam 8.7 saat dengan kecekapan bahan api serendah 4.7L/100km dan jarak perjalanan sehingga 870 km dengan tangki 41 liter.

Kedua-dua varian dilengkapi ciri keselamatan:

  • MG PILOT (ADAS Tahap 2.5)
  • Intelligent Cruise Assist (ICA)
  • Driver Fatigue Monitoring System (DFMS)
  • fungsi kawalan jauh menerusi aplikasi MG iSMART

MG ZS ditawarkan dalam empat warna iaitu:

  • Flare Red
  • Silver
  • Andes Grey
  • York White

* dengan kemasan dalaman hitam dan tempat duduk kulit tiruan berliang.

Tempahan awal kini dibuka di http://www.mgmalaysia.com manakala sesi pandang dekat MG ZS Hybrid+ akan diadakan di Nexus Bangsar South dari 19 hingga 23 Oktober ini bermula 10 pagi hingga 10 malam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here