Continental EcoContact 6 & 6Q: Tayar jimat minyak dan senyap semua jenis kenderaan

73

Pengeluar tayar terkemuka Jerman, Continental, memperkenalkan EcoContact 6 dan EcoContact 6Q yang menawarkan kecekapan penggunaan bahan api untuk pasaran Malaysia.

Tayar ini memberikan keselesaan yang luar biasa, golekan dengan rintangan lebih rendah dan kecekapan yang dipertingkatkan. Ia membolehkan pengurangan penggunaan bahan api untuk kenderaan berpetrol dan hibrid, manakala kenderaan elektrik pula boleh bergerak lebih jauh hanya dengan sekali cas.

Continental EcoContact 6:

Direka untuk kecekapan penggunaan bahan api, selain mengurangkan pengeluaran karbon dioksida melalui sebatian silika berteknologi tinggi yang mengoptimumkan rintangan golekan tayar. Ia dihasilkan dalam bentuk khusus, di mana rib asimetri dan geometri sipe tayar memberikan cengkaman dan kestabilan di atas jalan basah dan kering.

Continental EcoContact 6Q: 

Direka dengan ciri-ciri teknologi pengurangan bunyi yang canggih, memastikan pemanduan lebih lancar dan senyap. Corak bunga khas dan kompaun Advanced Green Chili 2.0 yang boleh menyesuaikan diri terhadap keadaan jalan memberikan tayar lebih keupayaan terhadap rintangan golekan dan menjimatkan penggunaan bahan api. Sementara rib asimetri dan geometri sipe tayar mengekalkan konsistensi terhadap permukaan jalan, ia juga meningkatkan kestabilan, terutamanya semasa menukar haluan, serta meminimumkan bunyi bising untuk pemanduan yang lebih selesa.

Lebih Senyap

Menyedari permintaan yang semakin meningkat, Continental turut menggabungkan teknologi ContiSilent™ ke dalam tayar EcoContact 6 dan EcoContact 6Q. Inovasi penyerapan busa poliuretana ini mengurangkan bunyi dalaman sehingga 9 dB(A), memastikan pemanduan yang lebih senyap dan selesa ketika melalui pelbagai permukaan jalan. Dengan meminimumkan bunyi kabin, ContiSilent™ menjadikan pengalaman pemanduan secara keseluruhan lebih tenang untuk pemandu di Malaysia.

Lebih Lancar Dan Perjalanan Lebih Jauh

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, pihaknya sentiasa meneroka had teknologi tayar bagi meningkatkan keyakinan dalam setiap perjalanan.

“Untuk pemandu Malaysia, sama ada memandu di jalan bandar, di lebuh raya atau dalam perjalanan jarak jauh, EcoContact 6 dan 6Q direka untuk menawarkan keselesaan, kecekapan dan keselamatan bagi pemanduan yang lebih senyap, lebih lancar serta dengan jarak perjalanan yang lebih jauh,” katanya.

Saiz 15 hingg 21 inci

Pemandu di Malaysia kini boleh memiliki Continental EcoContact 6 dan 6Q yang terdapat dalam saiz 15 hingga 21 inci, dengan tanda OE – dihasilkan khas dan diluluskan untuk kenderaan BMW dan Mercedes-Benz. Tayar-tayar ini boleh didapati di pengedar sah Continental di seluruh negara serta cawangan rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet dan Lazada.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here