
Continental Tyre Malaysia mengukuhkan komitmennya dalam menyediakan tayar berkualiti tinggi dan tahan lasak di rantau ini.
Ia selaras dengan peluasan Kilang Rayong Fasa II di Thailand yang memperkukuh rangkaian pengeluarannya.
Dengan warisan global melebihi satu abad, General Tire membawa kepakaran kejuruteraan Jerman dengan fokus khusus untuk pasaran Asia Pasifik, menawarkan penyelesaian direka khas dan terbukti berprestasi baik.

Direka untuk pelbagai keadaan jalan raya, General Tire manawarkan ketahanan, kawalan dan prestasi harian yang boleh dipercayai.
Disokong kepakaran kejuruteraan Continental dan pengilangan serantau, ia memastikan kualiti konsisten yang sesuai dengan keadaan pemanduan di Malaysia.
“Pengukuhan berterusan rangkaian pengeluaran serantau kami mencerminkan komitmen jangka panjang untuk memenuhi keperluan pemandu Asia Pasifik yang sentiasa berubah.
“General Tire memainkan peranan penting dalam memperluas portfolio kami di Malaysia dan rantau ini dengan menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai untuk memenuhi pelbagai keperluan pemanduan dan memperkasa pengguna untuk membuat pilihan lebih bijak,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Malaysia dan Ketua ASEAN.

Diiktiraf secara global atas ketahanan dan keupayaan lasak dalam segmen SUV dan 4×4, General Tire memberikan prestasi boleh dipercayai merentasi pemanduan bandar mahupun luar off-road.
Berteraskan legasi kukuh ini, jenama berkenaan kini memperluas kehadirannya ke segmen kereta penumpang, menawarkan lebih banyak kepelbagaian dengan produk yang direka untuk keselesaan harian, keyakinan dan ketahanan bagi keadaan pemanduan bandar di Malaysia.
Produk seperti Grabber HT6, Grabber AT6 dan Altimax GS6 turut dinilai pakar automotif Malaysia melalui sesi pemanduan, membuktikan pengendalian meyakinkan, cengkaman, keselesaan serta prestasi brek yang baik di jalan raya tempatan.
Pengenalan General Tire di Malaysia mencerminkan strategi Continental untuk mengukuhkan kepimpinan pasaran dengan memperluas portfolio tayarnya merentasi semua segmen.

Continental diposisikan sebagai jenama tayar premium menekankan teknologi canggih, prestasi, keselamatan dan keselesaan, manakala General Tire tampil dengan menawarkan alternatif yang tahan lasak dan berbaloi dengan fokus kepada ketahanan dan fleksibiliti.
Ini memberi pemandu Malaysia lebih banyak pilihan untuk tayar bersesuaian dengan keperluan pemanduan dan gaya hidup mereka.
Kedua-dua jenama ini disokong kepakaran kejuruteraan Continental dan menawarkan manfaat seperti Total Confidence Plan dan Jaminan Pengilangan Tayar Sepanjang Hayat, memberikan ketenangan fikiran tambahan kepada pelanggan di Malaysia.
Perluasan Kilang Rayong Fasa II akan terus memperkukuh portfolio produk dan kapasiti bekalan Continental dan General Tire di seluruh Asia Pasifik, membolehkan jenama ini memenuhi kepelbagaian keperluan pemandu Malaysia.

Continental Tyre Malaysia akan terus memperluas penawaran produknya di Malaysia dengan memperkenalkan tayar baharu yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pemanduan serta keadaan jalan raya tempatan.
Tayar ini boleh didapati di Malaysia melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, serta Kedai Rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, TikTok and Lazada.
Untuk maklumat lanjut mengenai General Tire dan ketersediaan produk, layari laman web kami di http://www.generaltire-tyres.com/my/en dan ikuti kami di Facebook.
































