Utama Berita Automotif Continental Tyres lancar CrossContact A/T² bagi pasaran Malaysia

Continental Tyres lancar CrossContact A/T² bagi pasaran Malaysia

4

Continental Tyres melancarkan tayar all-terrain terbaharunya, CrossContact A/T² di Malaysia.

Ia direka dengan daya cengkaman dan ketahanan tinggi bagi menghadapi permukaan lasak dan mencabar, tanpa menjejaskan keselesaan dan prestasi pemanduan.

Pelancaran terbaharu ini menandakan pengembangan berterusan Continental Tyres dalam segmen SUV dan 4×4 di pasaran.

“Setiap tayar dihasilkan bermula dengan pemahaman mendalam terhadap keperluan pelanggan kami.

“Sebagai pasaran utama di rantau APAC, pemandu-pemandu, keadaan jalan raya serta cuaca di Malaysia memainkan peranan penting dalam proses pembangunan produk.

“Dengan memberi tumpuan kepada penyelesaian berteraskan pelanggan, CrossContact A/T² baharu ini dibina berdasarkan situasi penggunaan sebenar bagi pemandu yang bergantung pada kenderaan utiliti dan 4×4.

“Ia juga direka untuk memberikan keyakinan di saat paling diperlukan,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Malaysia dan Ketua ASEAN.

Dibina untuk Yang Berani dan Kembara

CrossContact A/T² dicipta untuk memenuhi gaya hidup moden dan aktif, direka untuk pemandu yang menjangkakan lebih daripada kenderaan mereka, dengan memberikan keyakinan untuk mengatasi pendakian curam, permukaan licin serta laluan mencabar, tanpa menjejaskan keselesaan dan prestasi di jalan raya.

  • Cengkaman Dipertingkatkan untuk Manuver Tekanan Tinggi: Tayar ini menggabungkan kedalaman bunga tayar yang dipertingkatkan, isipadu rongga tinggi serta bahu tayar dengan ciri pembersihan sendiri untuk kawalan yang lebih tepat, kestabilan kenderaan yang lebih baik serta cengkaman yang lebih kukuh di permukaan longgar, tidak rata atau licin.
  • Ketahanan Dipertingkatkan untuk Penggunaan Jangka Panjang: Corak bunga tayar yang kukuh dengan ketebalan dinding sisi yang diperkukuh membantu menahan hentakan tinggi, sekali gus mengurangkan risiko tusukan, koyakan akibat geseran dan kerosakan di laluan lasak.
  • Cengkaman Kukuh dalam Semua Keadaan: Kompaun BlackPaw™ proprietari Continental Tyres mengoptimumkan cengkaman berterusan dengan keupayaan adaptif yang sesuai dengan pelbagai keadaan cuaca dan permukaan jalan.

Ketersediaan dan Spesifikasi

Pelancaran CrossContact A/T² di seluruh Asia Pasifik mencerminkan komitmen berterusan Continental Tyres untuk menggabungkan inovasi dengan pemahaman pasaran, serta memacu had teknologi tayar bagi memenuhi keperluan dan keutamaan pemandu yang sentiasa berubah.

CrossContact A/T² kini boleh didapati di semua pusat jualan berjenama Continental serta kedai rasmi dalam talian Continental di Shopee, Lazada, TikTok dan TnG eWallet.

Ia menawarkan antara pilihan saiz terluas di Malaysia dengan 42 pilihan saiz, merangkumi diameter rim daripada 15 hingga 22 inci untuk SUV, 4×4 dan trak ringan.

Tayar ini juga menyokong keupayaan beban sehingga Load Range E, memberikan kestabilan di bawah beban berat serta sesuai untuk kegunaan di tapak kerja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here