
Continental Tyres Malaysia melancarkan In-Store Marketplace, sebuah platform digital baharu yang direka untuk merevolusikan landskap pembelian dan penjualan tayar di negara ini dengan pengalaman yang lebih mudah, telus dan lancar.
Inisiatif ini diperkenalkan bagi menangani isu lazim yang sering dihadapi pengguna seperti harga tidak jelas, ketidakpastian status stok serta maklumat produk yang terhad.
Melalui In-Store Marketplace, pelanggan kini boleh meneroka rangkaian tayar Continental dan General Tire yang sesuai dengan kenderaan mereka, menyemak harga dan ketersediaan stok secara masa nyata, serta melakukan pembelian dan tempahan pemasangan profesional dalam satu platform bersepadu.
Menurut Continental, platform ini menggabungkan kekuatan digital dengan kepakaran rangkaian pengedarnya bagi menawarkan pengalaman peruncitan yang lebih jelas dan efisien.
Berkonsepkan menu kod QR di restoran, In-Store Marketplace memberi fleksibiliti kepada pelanggan membuat pilihan mengikut keselesaan mereka, dengan sokongan nasihat daripada pengedar profesional apabila diperlukan.
Platform ini berfungsi dalam tiga situasi utama:
- Di cawangan yang sibuk – pelanggan boleh mengimbas kod QR untuk melihat pilihan tayar, harga dan stok sementara menunggu khidmat bantuan, menjadikan sesi konsultasi lebih fokus dan bermaklumat
- Selepas menonton kandungan media sosial – pelanggan boleh mengikuti pautan marketplace yang dikongsi pengedar untuk meneroka tayar yang diketengahkan serta terus membuat pembelian dan tempahan pemasangan
- Sebelum kunjungan ke cawangan – pelanggan boleh berkongsi keperluan tayar dengan pengedar pilihan dan menerima pautan sebut harga rasmi untuk membuat pembelian awal, sekali gus mengurangkan ketidakpastian sebelum hadir ke pusat jualan
Sempena pelancarannya, Continental menawarkan promosi istimewa bermula sekarang sehingga 31 Oktober 2026.

Pelanggan yang membeli dua atau empat tayar Continental atau General Tire melalui In-Store Marketplace di pusat jualan yang mengambil bahagian layak menerima ganjaran eWallet Touch ‘n Go sehingga RM200.
Pecahan ganjaran adalah seperti berikut :
- bagi tayar bersaiz rim 15 hingga 16 inci, RM30 untuk pembelian dua tayar dan RM60 untuk empat tayar
- saiz 17 hingga 18 inci, RM60 untuk dua tayar dan RM120 untuk empat tayar
- saiz 19 inci dan ke atas, RM100 untuk dua tayar dan RM200 untuk empat tayar
Setiap pembelian yang layak turut menikmati diskaun sehingga 10 peratus melalui SPayLater dengan perbelanjaan minimum RM200, terhad kepada RM100.
Kedua-dua tawaran adalah tertakluk kepada stok dan terma serta syarat.
Semua tayar Continental dan General Tire yang layak dilindungi di bawah Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat bagi kecacatan pengilang.
Pelanggan juga boleh mendaftar pembelian melalui aplikasi Conti TCP untuk menikmati Waranti Bahaya Jalan Raya TCP selama 12 bulan dari tarikh pembelian.
Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.continental-tires.com/my/en/promotion/in-store-marketplace/
































