Utama Berita Automotif KLIMS 2026 janji pengalaman lebih mengujakan

KLIMS 2026 janji pengalaman lebih mengujakan

4

Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 edisi ke-11 bakal diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MiTEC), Kuala Lumpur dari 12 hingga 23 Jun 2026.

Sebagai antara pameran automotif terbesar di Malaysia, KLIMS 2026 anjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjanjikan pengalaman lebih mengujakan.

Antara perkara menarik adalah masuk percuma dari 15, 16 dan 18 Jun 2026 bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.

Untuk tiket pula, ia sudah boleh mula dibeli di laman web KLIMS bermula sekarang dengan harga RM30 sahaja, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun percuma.

Kepada peminat yang mahu pas tanpa had, ia boleh dibeli dengan harga RM80 dan anda boleh masuk sepanjang pameran berlangsung.

KLIMS kali ini juga ada menjual pas bundle untuk 5 orang dewasa dengan harga RM100.

KLIMS 2026 melibatkan 7 dewan pameran bermula dari dewan 2 hingga dewan 8 di MiTEC.

Antara jenama yang menyertai KLIMS 2026 adalah Proton, Perodua, Honda, Toyota, KIA, Zeekr, Mazda,Smart, Jetour dan banyak lagi.

Selain jenama automotif, jenama seperti Dasher, Ultra Racing, CIMB, Dunlop,Amaron turut mengambil bahagian. 

Aktiviti lain yang disediakan adalah perhimpunan kelab kereta, DJ Playground, Modified Car Battle,Racing and Flight Simulation, Pocket Talks dan banyak lagi.

Pameran juga akan diserikan dengan persembahan artis tempatan seperti FUGO, Kyoto Protocol, Adrian Danial dan TY:DEL.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here