
smart Malaysia memperkenalkan kepelbagaian fungsi smart #5 sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 melalui paparan berorientasikan gaya hidup.
Bersesuaian dengan tema KLIMS Beyond Mobility pameran ini menunjukkan bagaimana smart #5 membolehkan pemandu moden merasai pengalaman baharu menerusi teknologi pintar, keselesaan premium dan aksesori sedia kembara.
SUV elektrik premium utama daripada smart ini menggabungkan reka bentuk berani, kepraktisan ruang yang luas, serta mobiliti elektrik canggih untuk menyokong kepelbagaian gaya hidup.
Pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman smart #5 yang dipamerkan dengan aksesori penuh, sekali gus menyerlahkan fleksibilitinya dalam memenuhi gaya hidup bandar dan outdoor.
“smart #5 direka untuk pelanggan yang mahukan bukan sekadar kenderaan pengangkutan; ia memberikan kebebasan, fleksibeliti dan pengalaman baharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang.
“Di KLIMS 2026, kami mengetengahkan bagaimana smart #5 menggabungkan keupayaan elektrik jarak jauh, ciri pintar, dan aksesori gaya hidup bagi menyokong perjalanan lebih luas, daripada pemanduan bandar harian sehinggalah kembara outdoor pada hujung minggu.”

Aksesori utama yang baru diperkenalkan termasuk:
- Roof Carrier – memberikan kapasiti muatan tambahan dan membolehkan pemilik membawa lebih banyak barangan keperluan, sama ada untuk melancong, aktiviti luar, atau percutian hujung minggu
- Side Bag – menyediakan ruang simpanan tambahan yang mudah dan senang dicapai untuk kembara harian
- Side Ladder – menawarkan kebolehcapaian yang lebih baik sambil memperkukuh karakter lasak smart #5.
Teras kepada daya tarikan smart #5 adalah keupayaan untuk menjadikan pemanduan jarak jauh dan perjalanan outdoor lebih menyeronokkan.
Dilengkapi dengan keupayaan pemanduan elektrik jarak jauh pada smart #5 Premium (590 km) dan smart #5 BRABUS (540 km), SUV ini membolehkan pemandu memulakan kembara jalanan di seluruh Malaysia dengan penuh yakin sambil menikmati pengalaman mobiliti elektrik premium yang lancar.
Camping Mode yang tersedia pada model ini meningkatkan lagi pengalaman pemilikan sekali gus mencipta ruang selesa dan praktikal untuk berehat serta bersantai semasa sesi perkhemahan atau kembara bermalam.
smart #5 mencerminkan falsafah smart terhadap open-minded living, di mana mobiliti menjadi pemangkin kepada pengalaman, penemuan, dan perjalanan yang bermakna.
Sistem bunyi Sennheiser pada smart #5, mengubah ruang kabin menjadi dewan muzik bergerak untuk dinikmati oleh penumpang sepanjang pemanduan jarak jauh.

Harga bagi smart #5 (2026) kini ditetapkan seperti berikut:
Varian smart #5
- Premium RM 209,800.00
- BRABUS RM 259,800.00
Outdoor Pack yang dipamerkan di KLIMS tersedia pada harga pakej istimewa, menawarkan nilai lebih berbaloi berbanding pembelian aksesori secara berasingan.
Bagi pelanggan yang inginkan alternatif yang lebih mudah diakses, Adventure Pack turut ditawarkan, menampilkan sistem roof rail yang dinaik taraf.
smart menawarkan sembilan aksesori tambahan untuk smart #5 merangkumi
- Side Bag
- Side Ladder
- Roof Carrier
- Roof Rails
- TPE Frunk Mat – BRABUS
- TPE Frunk Mat – Premium
- TPE Trunk Mat
- TPE Floor Mat
- Luggage Net
Untuk maklumat lanjut mengenai smart #5, sila layari https://my.smart.com/#/




