Utama Berita Automotif Lelaki Rohingya gagal ‘lolos’ tinggalkan motor 34 saman aktif

Lelaki Rohingya gagal ‘lolos’ tinggalkan motor 34 saman aktif

27
Seorang lelaki Rohingya cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi penguatkuasaan di Guar Kepayang, pada Sabtu.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, lelaki berkenaan dipercayai meninggalkan motosikalnya sebelum cuba meloloskan diri melalui kawasan sawah padi bagi mengelak pemeriksaan.
 
Menurut kenyataan, cubaan itu gagal apabila anggota penguat kuasa berjaya menahan pemandu warga asing terbabit.
 
“Pemeriksaan mendapati pemandu dan pemilik motosikal berkenaan mempunyai 34 saman aktif yang masih belum dijelaskan.
 
“Susulan kesalahan yang dikesan, motosikal itu disita oleh JPJ untuk tindakan lanjut.
 
“JPJ menegaskan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara tegas terhadap warga pelarian UNHCR yang gagal mematuhi dan menghormati undang-undang jalan raya negara ini,” jelasnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here