
Acara perasmian Jambatan Merah Putih Presisi di Dusun Clake, Desa Tohkuning, Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah, Indonesia menjadi perhatian warga media sosial kerana cukup meriah seolah projek besar.
Ini kerana jambatan berkenaan hanyalah sepanjang 4 meter namun dihadiri kakitangan kerajaan berjawatan tinggi lengkap dengan acara potongan riben serta rakaman rasmi dari pemerintah.
Berdasarkan video yang dikongsi akaun TikTok Sumber Belajar, acara itu dihadiri Ketua Kota Karanganyar bersama jajaran pejabat daerah hingga Ketua Polis Resor.
Dipercayai jambatan itu diganti selepas roboh akibat banjir yang menghubungkan dua perkampungan.
“Jambatan sekecil itu di rasmikan setara perasmian Jembatan Suramadu,” tulis salah satu netizen.
Selain itu, tidak sedikit warga media sosial yang melihat keadaan jalan menuju jambatan yang dinilai masih rosak dan perlu diperbaiki.
“PD banget itu, padahal jalannya juga rosak,” ucap netizen lainnya.
“Jambatan diperbaiki kenapa gak sekalian jalannya itu udah jelek gitu,” tutur netizen lainnya.































