Utama Berita Automotif Honda BigWing kini di Senai

Honda BigWing kini di Senai

4

Boon Siew Honda secara rasmi memperkenalkan Honda BigWing Senai sebagai pembukaan pengedar premium pertama bagi tahun 2026.

Bilik pameran Honda BigWing yang ke-7 di Malaysia dan yang kedua di negeri Johor, fasiliti ini berfungsi sebagai pangkalan strategik wilayah selatan bagi memenuhi permintaan tinggi daripada komuniti penunggang di Johor dan Singapura.

Pelancaran BigWing Senai juga melambangkan langkah penting Boon Siew Honda memperkukuh rangkaian serantau mereka.

Menerusi jejak pasaran runcit yang semakin luas, Boon Siew Honda terus mempertingkat pengalaman penunggang, merapatkan jurang antara jentera bertaraf dunia dan persekitaran gaya hidup bermotosikal buat para peminat Honda di selatan.

Mengguna pakai falsafah “Zero-Clutter“, BigWing Senai menampilkan reka bentuk minimalis dengan mengutamakan fokus kepada pelanggan dan kredibiliti teknikal.

Fasiliti ini direka untuk menjadi destinasi muktamad bagi para penunggang yang menonjolkan:

  • Bilik Pameran Berkonsep Terbuka: Mempamerkan rangkaian penuh Big Bike 2026, termasuk model terbaharu dilengkapi teknologi Honda E-Clutch
  • Servis Berpautan Infrastruktur: Pusat servis khusus yang disokong oleh rantaian bekalan alat ganti dioptimumkan bagi memastikan penyelenggaraan cekap
  • Ruang Legar Komuniti Eksklusif: Ruang gaya hidup dicipta khas untuk menerima kunjungan kumpulan touring dan berfungsi sebagai hab sosial bagi komuniti penunggang

Pengarah Urusan dan CEO Boon Siew Honda, Kunitomo Asano berkata, dengan minat yang semakin meningkat, pembukaan Honda BigWing Senai menandakan lonjakan besar dalam strategi meluaskan rangkaian untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada komuniti bermotosikal.

“Pasukan juruteknik dan perunding kami yang berkemahiran tinggi sedia memastikan setiap pemilik Honda merasai piawaian perkhidmatan dan kepakaran teknikal yang tertinggi.

“Sambil kita meraikan pembukaan di Senai sebagai perintis utama kami untuk tahun 2026, kami juga tidak sabar untuk melengkapkan koridor premium nasional dengan pembukaan dua lagi bilik pameran BigWing di Pulau Pinang dan Kedah menjelang penghujung tahun ini,” katanya.

Sempena pembukaan ini, promosi eksklusif kini ditawarkan untuk tempoh terhad:

  • Rebat RM5,000 untuk Hornet CB750, CB650 E-Clutch & CBR650R E-Clutch sehingga 31 Ogos 2026
  • Aksesori EMS dengan pembelian sama ada NX500 atau ADV350 sehingga 31 Ogos 2026
  • Diskaun 20 peratus untuk merchandise & alat ganti sehingga 24 Mei 2026

Lokasi dan Waktu Operasi

Alamat: Terletak di No. 451, Jalan Persiaran Scientex Utama 1, Taman Scientex Utama, 81400, Senai, Johor.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad: 9:30 AM – 7:00 PM

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here