Utama Berita Automotif Boon Siew Honda, iMotorbike jalin kerjasama strategik

Boon Siew Honda, iMotorbike jalin kerjasama strategik

4

Boon Siew Honda Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik dengan iMotorbike bagi memperkukuh hubungan antara pasaran motosikal baharu dan terpakai di Malaysia.

Kerjasama itu dimeterai di Ibu Pejabat Jualan Boon Siew Honda di Kota Damansara, yang bertujuan menawarkan pilihan lebih tersusun kepada penunggang untuk menukar motosikal sedia ada apabila menaik taraf kepada model Honda baharu.

Menerusi kolaborasi itu, penunggang yang ingin menaik taraf kepada motosikal Honda baharu boleh menukar motosikal sedia ada melalui rangkaian pengedar Honda yang mengambil bahagian, dengan iMotorbike menyediakan kepakaran dalam penilaian, pemeriksaan dan pasaran motosikal terpakai.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Kunitomo Asano berkata, pemilikan motosikal tidak bermula dan berakhir dengan pembelian semata-mata.

“Penunggang melalui peringkat berbeza dalam kehidupan mereka, dan pilihan motosikal mereka mungkin berubah dari semasa ke semasa. Dengan bekerjasama dengan iMotorbike, kami menawarkan peralihan yang lebih teratur untuk penunggang, dan kami membawa bersama pengedar kami,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif iMotorbike, Gil Carmo berkata, kerjasama itu bertujuan menjadikan proses tukar beli motosikal sebagai sebahagian daripada pengalaman pemilikan yang lebih semula jadi.

“Dengan menggabungkan kepakaran iMotorbike dalam penilaian, pemeriksaan dan jualan semula motosikal terpakai bersama rangkaian pengedar Boon Siew Honda, kami memberikan penunggang cara yang telus dan tanpa kerumitan untuk beralih kepada Honda seterusnya,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh mengunjungi pengedar iMotorbike, Honda BigWing atau Honda Impian X yang terdekat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here