Utama Berita Automotif Polis rampas RM3.3 juta dadah di KIA

Polis rampas RM3.3 juta dadah di KIA

17

Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 32.73kg dadah jenis pil Eramin 5 dianggarkan bernilai RM3.3 juta dalam satu operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada 28 September lalu. 

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak berkata kedua-kedua suspek berusia 25 dan 39 tahun itu ditangkap di balai ketibaan KIA dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak.

Beliau berkata siasatan mendapati sindiket itu mendapatkan bekalan dadah dari Johor Bahru sebelum membawanya ke Kuching melalui penerbangan untuk diedarkan di sekitar bandar raya ini.

“Kedua-dua suspek dipercayai menerima upah RM5,000 bagi kegiatan berkenaan. 

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek berusia 25 tahun positif methamphetamine, amphetamine dan benzo, manakala seorang lagi suspek negatif dadah,” katanya. 

Katanya, sindiket itu dipercayai aktif sejak Ogos lalu manakala dadah dirampas dianggarkan boleh menjejaskan sehingga 163,650 orang.

“Suspek berusia 25 tahun yang merupakan penganggur turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau, termasuk satu rekod kesalahan dadah dan dua rekod kesalahan jenayah, manakala suspek berusia 39 tahun yang bekerja sebagai nelayan mempunyai dua rekod kesalahan jenayah,” jelasnya. 

Kedua-dua suspek direman enam hari hingga 5 Oktober lalu sebelum tempoh reman dilanjutkan dua hari lagi, hingga 7 Oktober

Mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuching pada 7 Oktober mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here