
Pasaran Malaysia akan menerima kehadiran satu lagi jenama baharu iaitu iCaur. Ia satu lagi subjenama di bawah kumpulan Chery. Model pertama yang akan diperkenalkan ialah iCaur 03 EV pada suku ketiga tahun ini.
Tempahan bagi iCaur 03 kini telah dibuka, dengan dua pilihan varian iaitu 2WD dan iWD, masing-masing dengan harga anggaran RM145,000 dan RM155,000.
iCaur 03 2WD dipacu oleh motor elektrik berkuasa 181hp dan 220Nm di gandar belakang, dengan pek bateri 65.7kWh yang memberikannya jarak pemanduan hingga 426km.
Pengecasan dari 30 hingga 80 peratus menggunakan DC akan memerlukan 30 minit.
iCaur 03 iWD pula digerakkan oleh dua motor elektrik, dengan output 94hp/165Nm di depan dan 181hp/220Nm di belakang, menjadikannya sebuah kenderaan AWD.
Pek bateri 69.8kWh memberikan jarak pemanduan sehingga 418km.
iCaur 03 mempunyai ciri-ciri seperti mod pemandua, kamera 540-darjah, sistem audio Infinity dengan 12 pembesar suara, paparan instrumen 9.2-inci, unit infotainmen 15.6-inci, dan pakej ADAS tahap 2.5.
Apa pendapat anda mengenai jenama iCaur dan kenderaan rugged elektrik sebegini? Adakah anda rasa ia mampu mendapat sambutan hangat?