Perodua Nexis dah masuk fasa pengeluaran awal, lancar Q4?

315

Pada tahun 2022, seorang pengguna Facebook Vanhoe Rage berkongsi penemuan dua nama baharu produk Perodua di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO) iaitu Nexis dan Traz.

Khabar tentang kedatangan SUV segmen-B yang menggunakan kod D66B itu rancak diperkatakan sejak tahun lalu.

Namun, semua informasi masih lagi di peringkat spekulasi dan belum ada pengumuman rasmi dari pihak Perodua.

Namun, informasi terkini yang kami terima dari sumber boleh dipercayai, SUV tersebut sudah memasuki fasa pengeluaran awal (bukan lagi pemasangan massa) di kemudahan Perodua Manufacturing Sdn Bhd, Rawang. 

Toyota Yaris Cross

Biasanya sebelum pengeluaran besar-besaran bermula, fasa awal ini adalah penting bagi tujuan ujian, kualiti kawalan dan persiapan sebelum pelancaran.

Maklumat ni mengukuhkan lagi jangkaan D66B dalam perancangan aktif untuk pasaran dan dipercayai bakal dilancarkan suku keempat tahun ini. 

Berikut beberapa maklumat mengenai Perodua Nexis yang dikhabarkan sebelum ini :

  • Nama: Perodua Nexis adalah nama spekulasi sebelum ini manakala kod projek adalah D66B. Pendaftaran cap dagang “Nexis” oleh Perodua adalah amalan biasa untuk melindungi nama yang mungkin digunakan di masa depan dan tidak semestinya mengesahkan nama bagi produk akhir.
  • Segmen: Ia dijangka berada dalam segmen SUV B, di atas Perodua Ativa.
  • Platform dan Asas: Informasi sebelum ini menyatakan ia berasaskan Toyota Yaris Cross versi pasaran Asia Tenggara (SEA), menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) sama seperti beberapa model Perodua dan Toyota terkini.
  • Saiz dan Kedudukan: Dengan dimensi yang sama dengan Toyota Yaris Cross, ia bakal bersaing dengan Proton X50 dan Honda HR-V.
  • Enjin: Spekulasi termasuk menggunakan enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi (NA), sama seperti yang terdapat pada Perodua Alza. Ada juga kemungkinan varian hibrid akan ditawarkan, seiring perancangan Perodua untuk perkenal model hibrid pertama. 
  • Ciri peralatan: Dijangka dilengkapi dengan barisan keselamatan moden termasuk ASA 3.0 dan skrin sentuh infotainmen. 
  • Tarikh Pelancaran: Walaupun pernah dikhabarkan pelancaran pada awal 2024, jangkaan terkini lebih cenderung pada tahun 2025 (kemungkinan Q4)  atau mungkin 2026, disebabkan pelbagai faktor termasuk skandal Daihatsu sebelum ini.
  • Harga: Dijangkakan harga bermula sekitar RM70,000 hingga RM100,000 (bergantung  varian).

Kita sama-sama tunggu pengumuman rasmi dari Perodua nanti!. Pasti ramai yang tak sabar nak tengok model ni.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here