Daihatsu akui palsukan keputusan ujian keselamatan lebih 30 tahun

598

Daihatsu, pembuat kereta Jepun milik Toyota mengakui memalsukan keputusan ujian keselamatan kenderaanya selama lebih 30 tahun.

Jenama yang terkenal dengan pengeluaran kenderaan penumpang kompak itu menghentikan empat operasi kilang di Jepun termasuk satu di ibu pejabatnya di Osaka.



Penutupan itu akan berlangsung sekurang-kurangnya akhir Januari dan menjejaskan lebih daripada 8,000 vendor di Jepun.

Minggu lalu, Daihatsu mengumumkan jawatankuasa pihak ketiga menemui bukti ketidakaturan ujian keselamatan ke atas 64 model kenderaan, termasuk yang dijual di bawah Toyota.

Akibatnya, Daihatsu berkata akan menangguhkan sementara semua penghantaran kenderaan domestik dan antarabangsa dan berunding dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Skandal itu merupakan satu lagi tamparan kepada pembuat kereta itu, yang mengakui melanggar piawaian ujian kemalangan ke atas lebih 88,000 kereta, April lalu. Kebanyakannya dijual di bawah jenama Toyota di negara seperti Malaysia dan Thailand.

Dalam ujian perlanggaran berkenaan, keputusan untuk tiang yang digunakan untuk mengukur impak di sebelah kiri digunakan juga di sebelah kanan sedangkan kedua-dua bahagian perlu diuji, kata Daihatsu.

Kedua-dua model berkenaan didapati menjalani ujian UN R135 yang tidak sempurna. Dalam kes ini, Daihatsu membuat ujian perlanggaran hanya di bahagian penumpang dan tidak di bahagian pemandu.

Saham Toyota turun 4 peratus di Tokyo Khamis lalu berikutan berita itu. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here