Utama Berita Automotif Petronas Syntium versi baharu penuhi piawaian API SQ, ILSAC GF-7

Petronas Syntium versi baharu penuhi piawaian API SQ, ILSAC GF-7

5

Petronas Lubricants International (PLI) memperkenalkan generasi terbaharu minyak enjin Petronas Syntium dengan formulasi yang memenuhi piawaian industri terkini API SQ dan ILSAC GF-7.

Pelancaran ini adalah sebahagian daripada fasa pengenalan global yang bermula di beberapa pasaran utama termasuk Malaysia.

Dibangunkan dengan pengalaman puluhan tahun dalam sukan permotoran Formula 1 serta kepakaran Fluid Technology Solutions™, rangkaian baharu Petronas Syntium direka untuk menawarkan tahap perlindungan enjin lebih tinggi, kecekapan bahan api dipertingkat serta prestasi lebih konsisten dalam pelbagai keadaan pemanduan.

Petronas Syntium memperkenalkan empat varian khusus dibangunkan mengikut keperluan enjin dan gaya pemanduan berbeza.

Ia bagi memudahkan pengguna memilih minyak enjin paling sesuai sambil memastikan keserasian dengan teknologi automotif terkini.

Varian utama ditawarkan ialah Petronas Syntium Supreme, yang dibangunkan khusus untuk kenderaan berprestasi tinggi.

Ia menggunakan teknologi CoolTech+™ yang membantu mengurangkan kehausan enjin serta meningkatkan kecekapan bahan api sehingga 13 peratus berdasarkan ujian standard industri.

Bagi pemilik kenderaan Jepun, Petronas Syntium Supreme GLV2 dibawa bersama pensijilan JASO GLV-2, menawarkan kestabilan ricih lebih tinggi dan potensi peningkatan kecekapan bahan api sehingga 19 peratus berdasarkan ujian lapangan sejauh 12,000 kilometer.

Petronas Syntium Prime dilengkapi teknologi Active Defense™ pula sesuai untuk kegunaan harian, direka bagi memastikan perlindungan enjin konsisten dan tahan lama dalam keadaan pemanduan biasa.

Petronas Syntium Hybrid pula dibangunkan khusus untuk kenderaan hibrid. Teknologi CoolTech-H™ memberikan perlindungan disasarkan kepada enjin yang kerap melalui kitaran mula-henti (stop-start) dan beroperasi pada suhu lebih rendah, iaitu ciri lazim sistem rangkaian kuasa hibrid moden.

Pengarah Urusan Serantau Asia Petronas Lubricants International, Noorhana Abdul Habib berkata, rangkaian baharu Petronas Syntium menandakan langkah penting dalam evolusi teknologi pelincir syarikat itu.

Menurutnya, formulasi generasi baharu yang memenuhi piawaian API SQ bukan sahaja membantu meningkatkan kecekapan bahan api dan prestasi enjin, malah menawarkan penyelesaian berkualiti tinggi kepada bengkel serta pengguna di Malaysia dan rantau Asia.

Rangkaian baharu Petronas Syntium kini dilancarkan di Malaysia, Jepun dan beberapa pasaran terpilih di Eropah.

Sepanjang tahun ini, pengenalannya akan diperluaskan ke lebih banyak pasaran utama di rantau Asia Pasifik termasuk China, Indonesia dan Thailand, sebelum tersedia secara meluas menerusi rangkaian pusat servis Petronas AutoExpert serta bengkel sah penghujung tahun 2026.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here