Utama Berita Automotif #KLIMS2026 : Kamal Adli, Ernie Zakri, Sara Ali antara artis tempatan sertai...

#KLIMS2026 : Kamal Adli, Ernie Zakri, Sara Ali antara artis tempatan sertai keluarga Jetour

4

Jetour Malaysia menyerahkan SUV Jetour T2 kepada beberapa personaliti terkenal tempatan dalam satu majlis penyerahan khas di reruai jenama itu bersempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026.

Antara selebriti menyertai keluarga Jetour adalah Kamal Adli, Ernie Zakri, Sara Ali dan Hayden Wong, manakala pelakon Azhan Rani turut meraikan acara tersebut secara maya dengan berkongsi pengalaman serta keterujaannya sebagai pemilik Jetour T2.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan sesi bertemu peminat yang memberi peluang kepada pengunjung berinteraksi secara lebih dekat dengan selebriti kesayangan mereka.

Majlis  turut diserikan dengan sesi bertemu peminat yang memberi peluang kepada pengunjung berinteraksi secara lebih dekat dengan selebriti kesayangan mereka.

Penyerahan kenderaan ini mencerminkan falsafah Travel+ yang menjadi teras identiti Jetour, iaitu menjadikan setiap perjalanan sebagai pengalaman lebih bermakna, sama ada bersama keluarga, rakan mahupun ketika mengejar impian dan peluang baharu.

Bagi Kamal Adli dan Sara Ali, hubungan mereka dengan Jetour bermula lebih awal menerusi pembabitan dalam filem Takluk 2: Ops Daulat, yang turut menampilkan kenderaan Jetour sebagai sebahagian daripada elemen penceritaan filem itu.

Kamal Adli berkata, pengalaman memandu satu model Jetour ketika penggambaran memberi impresi cukup positif terhadap jenama berkenaan.

“Pengalaman pertama saya bersama Jetour berlaku di set penggambaran Takluk 2: Ops Daulat.

“Saya berpeluang memandu salah satu modelnya dan terus tertarik dengan karakter serta pengalaman pemanduannya.

“Ia membuatkan saya lebih mengenali jenama ini dan saya teruja untuk memulakan perjalanan baharu bersama Jetour T2,” katanya.

Sara Ali pula mengakui beliau tertarik dengan gabungan reka bentuk berinspirasikan pengembaraan serta tahap keselesaan ditawarkan SUV itu.

“Saya sukakan kenderaan yang mempunyai penampilan berani tetapi masih mengutamakan keselesaan.

“Pengalaman pertama bersama Jetour ketika penggambaran filem itu meninggalkan kesan yang sangat baik.

“Apabila melihat T2 buat kali pertama, saya terus tertarik dengan reka bentuknya dan tidak sabar untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama keluarga,” katanya.

Penyanyi popular Ernie Zakri pula melihat Jetour T2 sebagai kenderaan yang sesuai dengan gaya hidupnya yang sentiasa sibuk antara kerjaya, persembahan dan keluarga.

“Bagi saya, memiliki kenderaan yang mampu memenuhi pelbagai keperluan harian amat penting. Apa yang paling bermakna ialah dapat menikmati setiap perjalanan bersama orang tersayang dan memberi tumpuan kepada momen-momen yang berharga. Saya berharap dapat mencipta lebih banyak kenangan indah bersama Jetour T2,” katanya.

Sementara itu, Azhan Rani yang menyertai majlis secara maya berkongsi bahawa beliau mula mengenali Jetour T2 melalui pelakon Beto Kusyairy sebelum model tersebut dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Menurutnya, selepas sesi pandu uji, beliau yakin T2 adalah kenderaan yang sesuai dengan keperluannya.

Malah, sebaik menerima SUV tersebut, beliau terus memandunya ke Kuala Terengganu bagi urusan penggambaran drama.

“Gabungan reka bentuk lasak, teknologi moden, keselesaan dan keseronokan pemanduan menjadikan T2 antara keputusan terbaik yang pernah saya buat,” katanya.

Bagi personaliti media sosial Hayden Wong, perjalanan sentiasa menjadi sumber inspirasi dalam kehidupannya, sama ada untuk urusan kerja, bertemu individu baharu atau sekadar meluangkan masa untuk berehat.

Menurutnya, falsafah Travel+ diketengahkan Jetour sangat dekat dengan dirinya kerana ia mengingatkan bahawa nilai sebenar sesebuah perjalanan bukan hanya terletak pada destinasi, tetapi juga pengalaman dan kenangan yang tercipta sepanjang perjalanan tersebut.

Seiring pertumbuhan jenama itu di Malaysia, Jetour turut mengumumkan komitmennya untuk memperkukuh pengalaman pemilikan menerusi penubuhan Jetour Malaysia Club.

Platform komuniti ini diwujudkan bagi membolehkan pemilik berkongsi pengalaman, membina jaringan persahabatan serta menyertai pelbagai aktiviti dan program anjuran jenama pada masa hadapan.

Melalui inisiatif tersebut, Jetour berharap dapat membentuk komuniti pengembara moden yang berkongsi minat terhadap eksplorasi, pengalaman baharu dan perjalanan yang lebih bermakna, selaras dengan semangat Travel+ yang menjadi identiti jenama itu.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here