Utama Berita Automotif #KLIMS2026 : Protonton eksklusif Hyundai Stargazer, harga bermula RM99,000

#KLIMS2026 : Protonton eksklusif Hyundai Stargazer, harga bermula RM99,000

5

Hyundai Motor Malaysia mengambil peluang penganjuran Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) dengan melancarkan pratonton eksklusif model MPV baharu Hyundai Stargazer yang kini dibuka untuk tempahan di Malaysia.

Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen berkata, Stargazer dibangunkan berkonsepkan WEhicle atau kenderaan yang memberi tumpuan kepada keperluan keluarga dan pengalaman menyeluruh.

“Ia bukan hanya sebuah kereta, tetapi mewakili mereka yang berada di dalam dan di sekelilingnya.

“Stargazer direka sebagai rakan perjalanan pintar dan selamat untuk keluarga moden Malaysia,” katanya.

Hyundai Stargazer direka sebagai MPV tiga baris tempat duduk yang menumpukan kepada aspek ruang, keselesaan, teknologi dan kepraktisan harian.

Model itu tampil dengan rekaan moden lebih aerodinamik, diserlahkan menerusi lampu belakang LED penuh berbentuk H yang menjadi identiti terkini Hyundai.

Untuk mereka yang ingin penampilan agresif, Hyundai memperkenalkan Stargazer X, varian berinspirasikan SUV dengan perubahan kosmetik eksklusif.

Ciri Luaran Stargazer X

  • Bampar hadapan dan belakang sporty
  • Spoiler belakang sporty
  • Overfender
  • Emblem hitam (blacked-out branding)

Untuk kemasan dalaman, Stargazer menawarkan susun atur kabin yang direka bagi memenuhi keperluan keluarga moden.

Hyundai juga menekankan aspek keselesaan menerusi pelbagai ciri praktikal dan teknologi mesra pengguna.

Bahagian Kabin Hyundai Stargazer

  • Kabin tiga baris tempat duduk
  • Paparan digital sehingga 10.25 inci
  • Pengecas telefon tanpa wayar
  • Meja lipat belakang tempat duduk
  • Ruang kabin luas
  • Enjin 1.5L Smartstream
  • ADAS Hyundai SmartSense

Hyundai Stargazer menggunakan enjin 1.5 liter Smartstream dipadankan dengan transmisi Intelligent Variable Transmission (IVT).

Walaupun Hyundai masih belum mendedahkan angka prestasi rasmi untuk pasaran Malaysia, kombinasi tersebut dijangka menawarkan keseimbangan antara kecekapan bahan api dan keselesaan pemanduan harian.

Teknologi dan Keselamatan

  • Enjin 1.5L Smartstream
  • Transmisi Intelligent Variable Transmission (IVT)
  • Hyundai SmartSense ADAS
  • Smart Cruise Control dengan Stop & Go
  • Pelbagai sistem bantuan pemanduan aktif

Hyundai turut mengesahkan Stargazer disokong jaminan antara terbaik dalam segmennya iaitu 8 tahun atau 160,000km.

Hyundai Motor Malaysia membuka tempahan Stargazer dengan tiga pilihan varian:

Anggaran Harga Hyundai Stargazer

  • Stargazer Style (7 tempat duduk) – RM99,XXX
  • Stargazer Prime (7 tempat duduk) – RM109,XXX
  • Stargazer X (6 tempat duduk) – RM121,XXX

Pengunjung KLIMS 2026 berpeluang melihat model tersebut dengan lebih dekat serta mencuba pandu uji sebelum pelancaran rasmi di bilik pameran tidak lama lagi.

Pengenalan Stargazer memperlihatkan strategi Hyundai menawarkan rangkaian produk lebih menyeluruh, daripada kenderaan elektrik berprestasi tinggi sehinggalah MPV keluarga yang praktikal.

Dengan gabungan reka bentuk moden, kabin luas, teknologi keselamatan terkini dan harga kompetitif, Hyundai Stargazer berpotensi menjadi pencabar baharu dalam segmen MPV keluarga di pasaran tempatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here