
Daihatsu Motors Co Ltd mencuri perhatian penggemar automotif menerusi penampilan model konsep K-OPEN pada acara Japan Mobility Show (2025).
K-OPEN bukan sekadar kenderaan convertible yang kecil, ia adalah bukti bahawa saiz kompak tidak perlu mengorbankan keseronokan pemanduan yang tulen.
Konsep ini memegang teguh kepada falsafah “DAIHATSUMEI” Daihatsu.
Daya tarikan terbesar K-OPEN terletak pada susun atur teknikalnya yang menggunakan enjin hadapan dan pacuan roda belakang (RWD).
Kei Car itu menampilkan panjang 3,395mm; lebar (1,475mm); tinggi (1,230mm) dan jarak roda 2,265mm.
Hasilnya?, K-OPEN menjanjikan pengalaman pemanduan unik yang menawarkan kawalan dan dinamik yang hanya boleh dirasai melalui konfigurasi RWD yang membolehkan anda merasai keseronokan pemanduan open-air.



