Motor tersenguk lepas isi RON90, Pertamina buka pusat aduan

8

Susulan tular aduan motosikal tersenguk atau tidak lancar selepas mengisi bahan api Pertalite (RON90), PT Pertamina melalui Pertamina Patra Niaga Wilayah Jawa Timur, Bali dan Nusa Tenggara (Jatimbalinus) membuka pusat aduan di beberapa daerah di Jawa Timur (Jatim).

Setakat ini, Pertamina telah membuka 17 pusat aduan di beberapa lokasi di Jatim.

“Sebagai salah satu bentuk keterbukaan perkhidmatan awam, Pertamina kini menyediakan 17 lokasi pusat untuk menguruskan aduan dan laporan daripada orang awam dengan panduan langkah yang tertentu,” kata Pengurus Kawasan Komunikasi, Hubungan dan CSR Pertamina Patra Niaga Wilayah Jatimbalinus, Ahad Rahedi.

Pertamina Patra Niaga Wilayan Jatimbalinus turut menyampaikan permohonan maaf atas kejadian tersebut dan memastikan saluran produk petrol tetap berjalan lancar sehingga keperluan bahan bakar pelanggan tidak terkesan.

Jelasnya, keseluruhan agihan petrol berjalan mengikut prosedur operasi standard dan melalui ujian makmal sebelum diedarkan.

Pertamina juga sedang menjalankan siasatan dan ujian semula bagi sampel petrol RON90  di Jawa Timur.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here