#JMS 2025: Subaru Performance-E STI sebagai EV dan Performance-B STI concept dengan ICE

9

Subaru menarik perhatian di Japan Mobility Show 2025 dengan memperkenalkan dua model konsep Subaru Tecnica International (STI) baharu.

Pameran Subaru pada tahun ini membawa konsep Memacu Perbezaan Subaru (Driving the Subaru Difference).

Subaru tampil dengan dua pameran utama iaitu Pentas Prestasi (Performance Scene) yang menumpukan keseronokan memandu dan Pentas Pengembaraan (Adventure Scene) yang membawa keterujaan pengembaraan.

Model Konsep Performance STI

Di bahagian Pentas Prestasi, Subaru memperkenalkan dua model konsep STI yang menjadi hala tuju jenama tersebut di masa hadapan.

Kedua-dua model ini ialah Performance-E STI concept dan Performance-B STI concept.

Performance-E STI Concept – BEV

Model konsep ini mewakili masa depan Persekitaran Prestasi dan menerajui generasi baharu Subaru sebagai kenderaan elektrik bateri (BEV).

Ia menggabungkan perkadaran estetik yang mengujakan dengan aerodinamik dan praktikaliti yang unggul.

Reka bentuknya membangkitkan warisan jenama Subaru, di samping menawarkan susun atur yang mesra pemandu serta ruang dalaman yang selesa dan luas.

Dengan gabungan pelbagai teknologi inovatif, model konsep ini dijanjikan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang intuitif dan mengasyikkan.

Performance-B STI Concept – ICE

Ini adalah model konsep yang mewakili Persekitaran Prestasi Subaru dengan asas enjin pembakaran dalaman (ICE).

Reka bentuknya menampilkan keseimbangan di antara prestasi canggih, kuasa dan praktikaliti.

Subaru akan menggabungkan teknologi teras yang telah dipertajamkan selama bertahun-tahun, termasuk enjin Boxer dan Pacuan Semua Roda Simetri (Symmetrical All-Wheel Drive).

Pentas Pengembaraan

Selain model konsep STI, Pentas Pengembaraan Subaru mempamerkan beberapa prototaip yang menekankan keupayaan off-road dan gaya hidup aktif.

Prototaip Trailseeker (Penampilan Pertama di Jepun)

Ini adalah penampilan pertama di Jepun bagi Trailseeker, model kedua dalam barisan BEV global Subaru.

Model ini menggabungkan kawalan pemanduan jitu yang unik kepada BEV dengan kepraktisan sebuah SUV, sesuai untuk perjalanan harian dan pengembaraan luar biasa.

Prototaip Forester Wilderness

Dibangunkan dari Forester, model ini menerima bampar depan dan belakang yang direka khas, pendakap lengkungan roda lebar dan lampu kabus LED eksklusif.

Ia meningkatkan nilai Forester sebagai SUV tradisional dengan menambah elemen lasak, kukuh, serta meningkatkan keupayaan dan kefungsian luar jalan.

Prototaip Outback Wilderness

Dibangunkan dari Outback, model prototaip ini mewarisi konsep reka bentuk Outback untuk menemani pelbagai gaya hidup pelanggan selaras dengan alam semula jadi, sambil mempertingkatkan lagi keupayaan dan kefungsian off-road untuk pengalaman alam semula jadi yang lebih mencabar.

Subaru Performance-E STI Concept:

Subaru Performance-B STI concept:

Subaru Trailseeker:

Subaru Forester Wilderness:

Subaru Outback Wildernes:

Subaru JMS 2025:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here