Utama Berita Automotif Subaru Crosstrek 2027 Jepun dengan e-BOXER versi strong hybrid, boleh cecah 21.3...

Subaru Crosstrek 2027 Jepun dengan e-BOXER versi strong hybrid, boleh cecah 21.3 km/L

4

Subaru memperkenalkan Crosstrek 2027 di Jepun dengan perubahan utama melibatkan varian, kelengkapan dan penggunaan bahan api. Untuk model 2027, semua varian Crosstrek kini menggunakan sistem e-BOXER hibrid baharu iaitu versi strong hybrid.

Sebagai rujukan, Crosstrek dilancarkan di Malaysia pada Mei lalu dan dibekalkan pilihan enjin tunggal 2.0 liter FB20D Boxer.

Berbeza daripada generasi terdahulu (XV), Crosstrek diimport sepenuhnya dari Jepun dan ditawarkan pada harga RM190,788.

Semua Varian Kini Guna e-BOXER

Subaru Crosstrek menggunakan sistem e-BOXER (strong hybrid) yang menggabungkan enjin petrol 2.5 liter FB25 dengan motor elektrik MC2 AC.

Sistem ini dipadankan dengan transmisi Lineartronic CVT dan pacuan semua roda (AWD).

Output maksimum enjin ialah 160 PS dengan tork 209 Nm. Motor elektrik pula menghasilkan sehingga 119.6 PS dan 270 Nm.

Bateri yang digunakan ialah jenis litium-ion dengan kapasiti 4.3Ah.

Penggunaan Bahan Api 19.5 Km/L

Subaru Crosstrek Limited Black

Dari aspek penggunaan bahan api, pengoptimuman kawalan enjin membolehkan Crosstrek mencatat penggunaan 19.5 km/L dalam ujian WLTC.

Pecahan penggunaan bahan api WLTC adalah:

  • Bandar: 16.1 km/L
  • Luar bandar: 21.3 km/L
  • Lebuhraya: 20.2 km/L

Dalam ujian JC08 pula, model ini mencatat 23.3 km/L.

Perubahan Pada Reka Bentuk

Subaru turut memberikan beberapa perubahan kecil pada bahagian luaran.

Warna rel bumbung ditukar daripada kelabu gelap kepada hitam, manakala reka bentuk lencana e-BOXER di bahagian belakang turut diubah.

Selain itu, Ignition Red diperkenalkan sebagai warna badan baharu.

Lebih Banyak Kelengkapan

Subaru Crosstrek Limited Black

Subaru turut menyusun semula pilihan kelengkapan untuk kedua-dua varian.

Varian Premium S:HEV EX kini boleh dipilih dengan sistem bunyi Harman Kardon sebagai pilihan yang dipasang oleh pengeluar.

Sementara itu, fungsi navigasi ditawarkan sebagai pilihan untuk Premium S:HEV dan menjadi kelengkapan standard bagi Premium S:HEV EX.

Dua Varian Ditawarkan

Crosstrek pasaran Jepun ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium S:HEV dan Premium S:HEV EX.

Harga Premium S:HEV ditetapkan pada ¥3,833,500 (RM99,457), manakala Premium S:HEV EX berharga ¥4,053,500 (RM105,168).

Bagi warna badan, Crystal White Pearl dan Citron Yellow Pearl dikenakan tambahan ¥33,000 (RM857).

Warna Ignition Red pula dikenakan tambahan ¥55,000 (RM1,428).

Subaru menyasarkan jualan sebanyak 500 unit sebulan untuk Crosstrek 2027 di Jepun.

Subaru Crosstrek 2027 Jepun

Subaru Crosstrek Limited Black 2027 Jepun

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here