
Zaman pasca pandemik menyaksikan kebangkitan golongan ‘cermat kos’ yang sangat mementingkan nilai setiap Ringgit yang dibelanjakan.
Disebabkan itu, setiap pengeluar kini lebih pemurah menawarkan model SUV dengan bermacam-macam pakej pada harga yang dirasakan berbaloi.
Tahukah anda, Jaecoo J5 ICE merupakan sebuah SUV yang mampu memberikan kejutan demi kejutan yang tidak anda sangka?
Ada beberapa sebab (baca: kejutan) kenapa anda patut pertimbangkan Jaecoo J5 ICE:
- Penampilan lebih premium berbanding harga sebenar
Tidak perlu berbelanja sehingga setengah juta Ringgit, anda sudah boleh mendapatkan sebuah SUV dengan penampilan yang premium.
Rekaan luaran yang dinamik dan bergaya menjadikannya satu pilihan ideal untuk golongan anak muda terutama profesional urban.
- Ruang adalah segalanya
Dengan saiz terbesar dalam segmennya, Jaecoo J5 ICE menawarkan ruang kabin yang luas dan selesa.
Ia sesuai digunakan untuk apa jua tujuan seperti perjalanan kerja, atau riadah di hujung minggu.
Dengan ruang simpanan yang besar dan tempat duduk yang mudah dikonfigurasikan, Jaecoo J5 merupakan SUV yang benar-benar mesra pengguna dan mesra keluarga.
- Ciri lengkap dan nilai tinggi dalam segmennya
Dalam segmennya, Jaecoo J5 ICE kekal sebagai sebuah pilihan yang mampu memberikan lebih nilai berbanding pesaingnya.
Dengan harga yang kompetitif, ia hadir dengan ciri seperti teknologi infohibur yang intuitif, ciri keselamatan yang hampir menyeluruh dan kelengkapan yang biasa ditemui pada SUV lebih mahal.
- Pintu masuk terbaik ke dunia Jaecoo
Omoda | Jaecoo Malaysia kini mempunyai barisan portfolio produk premium yang mampu memenuhi keperluan setiap golongan pengguna tanpa perlu berbelanja lebih.
Dengan kehadiran Jaecoo J5 ICE, ia mampu menjadi pintu masuk terbaik untuk pelanggan yang mahu mula mengenali dunia Jaecoo.
- Kejutan Merdeka
Sempena sambutan Hari Merdeka, Jaecoo J5 ICE juga mempunyai satu lagi kejutan positif yang tidak diketahui ramai, iaitu “Tawaran SUV Merdeka Terbaik”.
SUV dengan gabungan pakej penggayaan kontemporari, ruang dan nilai yang seimbang ini menjadi lebih menarik dengan rebat tunai Merdeka bernilai RM9,000.
Ini bermakna, dengan harga serendah RM99,000 Jaecoo J5 kini menawarkan nilai terbaik untuk golongan pembeli baharu SUV dan hampir mustahil untuk dilepaskan.
Kunjungi cawangan pengedar sah Omoda | Jaecoo yang terdekat, dan pandu pulang Jaecoo J5.
Sambutlah Hari Kemerdekaan tahun ini dengan penuh semangat, dan SUV premium yang penuh dengan kejutan.


































