
OMODA | JAECOO Malaysia rasmi melancarkan crossover kompak premium segmen-B, JAECOO J5 2WD ke pasaran tempatan pada harga RM102,000 (selepas pakej pelancaran istimewa).
Pihak Jaecoo Malaysia juga menawarkan Pakej Pelancaran Istimewa yang sah dari 5 hingga 15 Mac ini melibatkan :
- Insurans Percuma Tahun Pertama bernilai RM3,000 atau Duit Raya Tambahan RM3,000
- Pakej Tiga (Trio) Aksesori Kereta J5 bernilai RM2,000 merangkumi subwoofer, mikrofon karaoke tanpa wayar dan lampu suluh berbilang fungsi.
Berikut fakta pantas JAECOO J5 2WD :
- Menggunakan enjin 1.5 liter turbo empat silinder berkuasa 147PS dan tork 210Nm bersama transmisi CVT.
- Penggunaan bahan api 6.4 liter/100 km pada Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC), dan JAECOO J5 menerima persijilan Kenderaan Cekap Guna Tenaga Malaysia (EEV).
- Memiliki dimensi panjang 4,380 mm, lebar (1,860 mm), dan tinggi (1,650 mm), serta jarak roda 2,620 mm.
- Menggunakan keluli tegangan tinggi lanjutan pada bahagian-bahagian penting, struktur badan direka untuk penyerapan impak maksimum sekiranya berlaku kemalangan. Kekuatan ini disokong oleh penarafan ketegaran kilasan 23,500 Nm/deg yang mendahului kelas.
- Keselesaan pemanduan disokong suspensi depan topang MacPherson dan sistem suspensi belakang berbilang pautan yang kemudian dipadankan dengan roda aloi aluminium dua warna bersaiz 18 inci.
- Lima tempat duduk dibalut kemasan kulit dengan kemasan berwarna putih bersama fungsi ventilasi.
- Ciri-ciri praktikal turut diterapkan, dengan but 480-liter yang boleh diperluas kepada 1,284 liter apabila kerusi belakang lipat pisah 60/40.
- Menawarkan upholsteri mesra haiwan peliharaan dengan persijilan TÜV, ruang dalam menyediakan fungsi antibakteria dan kalis cakar.
- Ciri peralatan lain termasuklah bumbung panorama terbesar dalam kelasnya, pad pengecas tanpa wayar 50W, skrin infohiburan pusat 2K bersaiz 13.2-inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, panel instrumen LCD 8.0 inci dan sistem audio 8 pembesar suara.
JAECOO J5 dilengkapi dengan ciri keselamatan komprehensif Tahap 2+ ADAS, yang terdiri daripada sistem bantuan pemandu lanjutan yang direka untuk menjamin keselamatan dan ketenangan fikiran dalam pelbagai keadaan lalu lintas dan pemanduan.
Ia didatangkan dengan 19 ciri ADAS standard antaranya Amaran Keluar Lorong (LDW); Bantuan Kekal Lorong (LKA); Pencegahan Keluar Lorong (LDP); Pengesanan Titik Buta (BSD); Bantuan Tukar Lorong (LCA); Kawalan Jelajah Adaptif Kelajuan Penuh (ACC); Penyekat Kelajuan Aktif (ASL); Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA) dan lain-lain.
Semua ciri ini disokong oleh sistem kamera HD Pandang Keliling 540 darjah, menyediakan tahap keterlihatan dan keyakinan semasa meletakkan kereta dan bergerak pada kelajuan rendah.































