Utama Berita Automotif ZONTES bawa 4 model baharu, tawar pilihan lebih baik untuk peminat skuter

ZONTES bawa 4 model baharu, tawar pilihan lebih baik untuk peminat skuter

5

ZONTES Malaysia secara rasmi memperkenalkan empat model baharu bagi pasaran tempatan sekali gus memeriahkan pasaran skuter bagi pemegang lesen B di negara ini.

Empat model ini dikuasakan enjin yang sama, namun menawarkan kelainan tersendiri bagi memenuhi kehendak penggemar di Malaysia. Hasilnya, kesemua model menawarkan 38hp dan 40Nm.

Zontes 368D (RM23,800)

Zontes 368D adalah skuter ringan dalam kelasnya – dengan hanya seberat 175kg – sekaligus 25kg lebih ringan berbanding 350D sebelum ini.

Dengan 38hp dan 40Nm, 368D menawarkan tunggangan lebih berkuasa dan lincah untuk kegunaan di kawasan bandar.

Zontes 368E (RM25,800)

Zontes 368E pula hasil naik taraf dari model 350E dan menjadi model pilihan bagi yang meminati aktiviti kembara (touring).

Sebagai sebuah skuter Touring, 368E direka khas bagi menawarkan keselesaan optimum bagi tunggangan jarak jauh.

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk grip pemanas yang membantu ketika menunggang dalam cuaca sejuk atau hujan, ruang letak kaki yang luas (260mm) selain ruang letak barang berkapasiti 50L yang boleh memuatkan dua helmet.

Zontes 368G (RM28,800)

Zontes 368G terus mengukuhkan kedudukan di Malaysia sebagai antara skuter paling popular.

Sebagai bukti, pada minggu pertama Januari 2025, sebanyak 1,500 tempahan direkodkan.

Dan pada tahun sama, sebanyak 5,000 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan sekaligus menoktahkan dominasi 368G dalam segmen skuter adventure bersesaran bawah 400cc.

Antara daya tarikan utama 368G adalah ciri praktikal ditawarkan termasuk tangki bahan api berkapasiti 17.5L (paling besar dalam kelasnya) serta ruang letak barang berkapasiti 52L – boleh memuatkan dua helmet.

Model 368G hadir dengan dua varian, Standard (dengan ketinggian tempat duduk 770mm) dan High (dengan ketingggian tempat duduk 795mm).

Zontes 368K (RM27,800)

Bagi tahun 2026, Zontes Malaysia membawakan model ditunggu-tunggu, Zontes 368K – skuter gaya moden dengan keupayaan kembara.

Jika 368G tampil dengan reka bentuk lasak, 368K pula lebih moden dan sporty selain menawarkan keselesaan lebih baik.

Tempat duduk ala sofa menawarkan sokongan tulang belakang optimum terutamanya ketika tungggangan jarak jauh.

Ciri lain yang menonjol termasuk skrin TFT 6.75-inci dengan Luxury UI, penghadang angin elektronik dengan reka bentuk anti-gangguan serta lampu projektor LED dengan auto-sensor.

Kesemua model dilengkapi pakej elektronik terkini termasuk Bosch Electronic Throttle Control (ETC), Cruise Control, Traction Control (TCS), TPMS dan ABS.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here