
Anda sedang mencari kereta baharu, motosikal baharu atau gajet mercu terkini?
Berita baik, BHPetrol kini melancarkan kempen “Peraduan Beli dan Menang, Mencari OKB” dengan hadiah bernilai lebih RM300,000 untuk dimenangi termasuklah 4 unit Proton Saga Executive, 4 Yamaha Ego Avantiz dan 3 iPhone 17 Pro.
Cara Penyertaan: Semudah Isi Minyak & Imbas eCard
Untuk menyertai peraduan ini, setiap pelanggan BHPetrol hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM20 dalam satu transaksi.
Syaratnya hanya satu: guna BHPetrol eCard sama ada kad fizikal atau aplikasi mudah alih. Penyertaan direkodkan secara automatik.
Pembelian yang layak termasuk:
- Infiniti RON95 / RON97
- Infiniti Euro5 Diesel B7 / B10
- Barangan di BHPetromart
Pembelian yang tidak layak pula termasuklah tambah nilai TnG, ePay, utiliti, tembakau dan cuci kereta.
Satu transaksi akan dikira sebagai satu penyertaan, jadi lebih banyak anda membuat pembelian minimum RM20, lebih banyak peluang untuk menang!
Tempoh Peraduan
Peraduan Beli dan Menang, Mencari OKB ini akan berlangsung bermula 1 Februari 2026 hingga 31 Mac 2026.
Hadiah Utama: Kereta, motosikal dan gajet premium!
Empat “OKB” yang bertuah akan membawa pulang Proton Saga Executive berserta 200 ribu mata ganjaran ePoints, sementara empat pemenang tempat kedua berpeluang mendapat Yamaha Ego Avantiz serta 100 ribu mata ganjaran ePoints.
Hadiah ketiga menyediakan tiga unit peranti pintar iPhone 17 Pro dan 50 ribu mata ganjaran ePoints.
Selain itu, BHPetrol menyediakan hadiah wang tunai bernilai RM2,500 untuk dua orang pemenang mingguan.
Kenapa BHPetrol?
Selain berpeluang memenangi hadiah lumayan, pengguna juga menikmati bahan api Infiniti yang terkenal dengan prestasi bersih, respons enjin lebih baik dan jarak perjalanan lebih jauh.
Ia merupakan pilihan ideal untuk pemandu harian, penunggang motosikal, dan keluarga yang mahukan perjalanan lebih lancar.
Kempen ini juga menggalakkan lebih ramai pengguna mendaftar BHPetrol eCard, yang menawarkan mata ganjaran (ePoints) untuk ditebus dengan pelbagai barangan dan baucar.
Jom Jadi “OKB” Seterusnya
Singgah di mana-mana stesen BHPetrol, isi minimum RM20, imbas eCard, dan anda sudah pun dalam senarai peserta.
Siapa tahu, mungkin anda pembaca Motoqar yang bakal memandu pulang sebuah Proton Saga baharu.
Info lanjut boleh didapati menerusi laman web: https://www.bhpetrol.com.my/peraduan-beli-dan-menang-mencari okb/

































