Belanja RM40, balik bawa kereta: Inilah rezeki pelanggan BHPetrol

12

Seramai 30 peserta tidak pulang dengan tangan kosong selepas memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi Peraduan Isi Minyak & Beli, Menang Bergaya anjuran Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol).

Peraduan yang berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April 2025 itu terbuka kepada pelanggan di semua stesen BHPetrol di seluruh Semenanjung Malaysia. Ia terbuka kepada ahli BHPetrol eCard yang membelanjakan minimum RM40 dalam satu transaksi, sama ada untuk pembelian bahan api atau barangan runcit. Penyertaan adalah secara automatik.

Bagi majlis penyampaian hadiah, seramai 30 pemenang bertuah dipilih untuk menerima hadiah istimewa dengan nilai keseluruhan mencecah RM200,000.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuk:

  • Hadiah Utama: Sebuah kereta Perodua Alza

  • Hadiah Kedua: Sebuah kereta Perodua Axia

  • Hadiah Ketiga: Dua buah motosikal

  • Hadiah Keempat: Wang tunai RM5,000 dan baucar BHPetrol RM1,000 untuk tiga pemenang

  • Hadiah Kelima: Wang tunai RM3,000 dan baucar BHPetrol RM1,000 untuk tiga pemenang

  • Hadiah Saguhati: Wang tunai RM1,000 dan baucar BHPetrol RM1,000 untuk 20 pemenang

Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad (kiri gambar di atas) berkata, peraduan itu bukan sahaja berjaya menarik minat pelanggan baharu, malah turut menghargai sokongan berterusan pelanggan setia BHPetrol.

Menurut beliau, pihaknya berharap hadiah yang dimenangi dapat memberi manfaat dan memudahkan urusan harian para pemenang.

“Setinggi-tinggi penghargaan turut saya tujukan kepada rakan niaga yang sudi bekerjasama dan menyokong promosi ini.

Sebagai anak syarikat LTAT, BHPetrol akan terus komited untuk menawarkan lebih banyak promosi yang menarik dan bermakna kepada pelanggan pada masa akan datang,” katanya.

Peraduan berkenaan juga berjaya merangsang peningkatan jualan petrol, diesel dan barangan runcit di stesen-stesen BHPetrol.

Majlis penyampaian hadiah turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada duta jenama BHPetrol, Alif Satar bersama The Locos, yang memeriahkan suasana bersama para pemenang dan keluarga mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here