
Hyundai Motor Company memperkenalkan IONIQ 6 N di Goodwood Festival of Speed. Pengenalan ini menandakan langkah penting dalam perjalanan elektrifikasi Hyundai N.
Hyundai N sekali lagi mentakrifkan semula sempadan elektrifikasi berprestasi tinggi dengan pengenalan IONIQ 6 N.
Hyundai IONIQ 6 N direka khas untuk pemanduan yang seronok dan berkuasa.
Ia berpegang kepada tiga prinsip utama N: pantas di selekoh (Corner Rascal), hebat di litar lumba (Racetrack Capability), dan selesa untuk kegunaan harian (Everyday Sportscar).
Pendek kata, IONIQ 6 N menawarkan gabungan harmoni di antara prestasi yang mengujakan dan praktikaliti untuk kegunaan setiap hari.
IONIQ 6 N hadir dengan beberapa peningkatan teknologi utama.
Ini termasuk geometri suspensi yang diubah suai sepenuhnya dan sistem N e-Shift (penukaran gear maya) yang dipertingkatkan untuk mengurangkan kehilangan prestasi.
Selain itu, mutu bunyi dipertingkat dengan perkakasan yang dikemas kini dan penalaan akustik yang teliti, menjadikan setiap pemanduan lebih menarik.
Kuasa dan Daya Pecutan Hebat, N Battery
Nadi elektrik IONIQ 6 N menghasilkan output 650 ps (478 kW) dan 770Nm tork.
Pecutan 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 3.2 saat (N Launch Control) dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 257 km/j.
Dibangunkan untuk memenuhi tuntutan pemanduan berprestasi tinggi moden, IONIQ 6 N dilengkapi sistem pengurusan bateri yang dirombak, iaitu N Battery.
Direka untuk pengurusan suhu optimum, sistem ini membuat penyesuaian dengan pelbagai senario pemanduan di litar sama ada perlumbaan drag, pecutan atau ketahanan (endurance).
Integrasi fungsi penyaman bateri menghasilkan prestasi yang lebih tinggi dan tahan lebih lama.
Kawalan pengurusan terma yang dioptimumkan dan peningkatan kapasiti pemanas penyejuk bateri mengurangkan masa penyaman dengan ketara.
Ini memastikan IONIQ 6 N sentiasa bersedia untuk memberikan prestasi terbaik.
Aerodinamik
Aspek aerodinamik memainkan peranan penting dalam reka bentuk IONIQ 6 N, di mana daya mendap dan pengurangan seretan diimbangi dengan teliti untuk prestasi optimum.
IONIQ 6 N menampilkan elemen yang diilhamkan dari sukan permotoran. Contohnya, sayap belakang swan neck dan fender yang dilebarkan.
Reka bentuk ini bukan sahaja menyerlahkan penampilan agresif, tetapi juga meningkatkan kestabilan semasa mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.
Performance Blue Pearl
IONIQ 6 N ditawarkan dalam warna baharu, Performance Blue Pearl, yang menambah kemasan mutiara kepada warna signatur Hyundai N, Performance Blue.
Warna baharu ini bukan sahaja memberikan rupa yang lebih halus dan mendalam, malah turut menyerlahkan identiti prestasi IONIQ 6 N.
Ciri-ciri Kejuruteraan dan Prestasi Utama:
Geometri Suspensi dan Casis:
- Direka semula sepenuhnya untuk meningkatkan ketepatan pengendalian dan cengkaman jalan dan meningkatkan prestasi di litar.
- Pada masa yang sama, ia mengekalkan keselesaan pemanduan harian.
- Dengan pusat olengan lebih rendah, kestabilan kelajuan tinggi menjadi lebih baik.
- Ia juga menawarkan cengkaman selekoh yang dipertingkatkan, menjadikannya kereta berprestasi serba boleh di jalan raya dan litar.
Peredam ECS (Electronically Controlled Suspension) dengan Penderia (sensor) Lejang Baharu:
- Sistem ini mengintegrasikan penderia strok.
- Ia membenarkan pelbagai pelarasan daya redaman.
- Membolehkan kereta disesuaikan dengan pelbagai keadaan pemanduan, dari perjalanan harian hingga sesi litar yang sengit.
- Hasilnya adalah mutu pemanduan yang lebih baik dan pengendalian menjadi lebih mudah diramal dan responsif.
Kawalan Canggih IONIQ 6 N
N Active Sound +:
- Sistem ini menambah dimensi audio dinamik pada pengalaman memandu.
- Menggunakan sumber bunyi stereo dan Pemproses Reka Bentuk Akustik (ADP) yang dipertingkatkan, ia menghasilkan bunyi yang diperkaya.
- Pemandu boleh memilih daripada mod bunyi yang disesuaikan mengikut suasana dan senario pemanduan.
- Mod yang tersedia termasuk Ignition (ilham sukan permotoran), Evolution (warisan), dan Lightspeed (nada sci-fi futuristik).
- Setiap mod memberikan pengalaman pendengaran yang memikat.
N e-Shift:
- Ciri kawalan tukaran ‘gear’ inovatif dari Hyundai N.
- Ia mensimulasikan nisbah gear rapat yang diilhamkan dari sukan permotoran.
- Tujuannya adalah untuk meningkatkan responsif dan mengukuhkan hubungan pemandu dengan kereta.
- N e-Shift serasi sepenuhnya dengan ciri prestasi utama seperti N Launch Control, N Drift Optimizer, N Grin Boost, dan N Torque Distribution.
- Ini memastikan integrasi kawalan dan kuasa yang lancar.
N Ambient Shift Light:
- Ciri pencahayaan dalaman unik ini menambah pengalaman sensori.
- Ia memberi isyarat visual titik penukaran gear yang tepat untuk prestasi optimum.
- Cahaya ambien yang diselaraskan ini mengubah kokpit menjadi arena, di mana setiap penukaran gear bukan sahaja dirasakan tetapi juga dilihat.
- Ini meningkatkan lagi penglibatan pemandu.
N Track Manager:
- Membolehkan pemandu menyesuaikan dan menganalisis prestasi di litar lumba.
- Pemandu boleh mencipta trek tersuai, memantau data kelajuan, dan menilai prestasi.
- Penilaian boleh dibuat melalui visual kereta bayangan (ghost car) masa nyata dan analisis masa pusingan terperinci.
- Dengan pengurusan data trek canggih, N Track Manager mengukuhkan IONIQ 6 N sebagai EV yang berkemampuan di litar lumba.
- Ia direka untuk memenuhi pelbagai tuntutan prestasi.
N Drift Optimizer:
- Kawalan terhadap ciri-ciri drift kenderaan.
- Dengan parameter yang boleh disesuaikan untuk permulaan drift, sudut, dan putaran roda, pemandu boleh menyesuaikan tingkah laku kenderaan.
- Penyesuaian ini boleh dilakukan mengikut tahap kemahiran dan gaya pemanduan.
Seiring pelancaran IONIQ 6 N, pelbagai aksesori prestasi N akan ditawarkan untuk pemilik menyesuaikan kereta mereka.
Spesifikasi IONIQ 6 N
Output Motor:
- Jumlah: 448 kW / 609 ps
- Boost**: 478 kW / 650 ps
- 175 kW / 238 ps (depan)
- 303 kW / 412 ps (belakang)
Bateri Voltan Tinggi:
- Tenaga: 84.0 kWj
- Masa Pengecasan (dengan 350 kW): 10% hingga 80% dalam kira-kira 18 minit (keadaan optimum)
Dimensi (P x L x T): 4,935 mm x 1,940 mm x 1,495 mm.
Jarak Roda: 2,965 mm.
Tayar: 275/35R20 (Pirelli P-Zero 5 bertanda HN).
Sistem Brek:
- Empat omboh, 400 mm (depan); Satu omboh, 360 mm (belakang).
- Pembrekan Regeneratif: Sehingga 0.6 G (0.35 G semasa pengaktifan ABS).
Pekali Seretan (Cd): 0.27.
Prestasi:
- 0 – 100 km/j: 3.2 saat (dengan N Launch Control).
- Kelajuan Maksimum: 257 km/j.
- Jarak Pemanduan: Akan diumumkan semasa pelancaran pasaran serantau.
Warna Luaran: Performance Blue Pearl, Abyss Black Pearl, Serenity White Pearl, Nocturne Gray Metallic, Nocturne Gray Matte, Gravity Gold Matte.
Warna Dalaman: Hitam dengan aksen Performance Blue.
** N Grin Boost tersedia sehingga 10 saat dan masa pengecasannya diperlukan selama 10 saat.