Utama Berita Automotif BHPetrol lancar program keselamatan balik kampung sempena Tahun Baharu Cina

BHPetrol lancar program keselamatan balik kampung sempena Tahun Baharu Cina

4

Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 diteruskan oleh BHPetrol yang melancarkan Program Keselamatan Balik Kampung dengan Selamat di semua stesen minyak milik mereka di seluruh negara.

Pelancaran program tahunan ini dilakukan di stesen BHPetrol Kampung Baharu dekat Lebuh raya Damansara – Puchong (LDP), Selangor, hari ini.

Perasmian program itu dilakukan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Azizul Azily Ahmad.

Azizul Azily dalam ucapan perasmian berkata, program berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya ketika musim perayaan.

“Pengguna jalan raya yang berhenti mengisi minyak di stesen kami akan menerima beg berisi makanan ringan, snek dan pek ang pau.

“Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, saya mewakili BHPetrol merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelanggan kami,

“Pandu Cermat, Sampai Selamat. Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le!” katanya.

Selain ‘goodies bag’ daripada BHPetrol, pelanggan yang singgah di stesen minyak itu turut menerima topi keledar baharu yang disediakan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here