Utama Berita Automotif Berita Tempatan BHPetrol Sediakan BUDI Diesel, Ini Cara Pemilik Kenderaan Diesel Nikmati Subsidi Guna...

BHPetrol Sediakan BUDI Diesel, Ini Cara Pemilik Kenderaan Diesel Nikmati Subsidi Guna MyKad

5

BHPetrol kini menyediakan kemudahan pembelian BUDI Diesel di semua stesen BHPetrol di seluruh negara bagi menyokong pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI oleh kerajaan.

Program subsidi diesel bersasar ini membolehkan rakyat Malaysia yang layak menikmati diesel pada harga subsidi kerajaan, sekali gus membantu mengurangkan kos penggunaan bahan api bagi pemilik kenderaan diesel.

Bagi pemilik kenderaan yang memenuhi syarat kelayakan, pembelian BUDI Diesel di BHPetrol boleh dilakukan dengan mudah menggunakan MyKad, sama ada melalui terminal pembayaran di pam, kaunter pembayaran atau aplikasi Touch ’n Go eWallet.

Apa Itu BUDI Diesel?

BUDI Diesel merupakan program subsidi diesel bersasar kerajaan yang disediakan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria ditetapkan. 

Melalui program ini, pemilik kenderaan diesel yang layak boleh menikmati diesel pada harga subsidi kerajaan di semua stesen BHPetrol di seluruh negara.

Syarat Kelayakan BUDI Diesel

Untuk menikmati manfaat BUDI Diesel, pelanggan perlu memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai MyKad yang sah dan aktif.
  • Mempunyai lesen memandu yang sah.
  • Memiliki kenderaan diesel yang layak.
  • Kenderaan diesel tersebut didaftarkan atas nama sendiri.
  • Mempunyai cukai jalan yang masih sah.

Kelayakan untuk menyertai program BUDI Diesel adalah ditentukan sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Cara Membeli BUDI Diesel di BHPetrol

BHPetrol menyediakan beberapa kaedah pembayaran bagi memudahkan pelanggan yang layak mendapatkan diesel bersubsidi.

  1. Terminal Pembayaran Luar (OPT) Di Pam

Pelanggan boleh membuat pembayaran terus menggunakan terminal pembayaran luar yang tersedia di pam.

Langkah pembelian:

  • Gunakan kad debit atau kad kredit untuk pembayaran.

  • Masukkan MyKad bagi proses pengesahan kelayakan subsidi.

  • Selepas pengesahan berjaya, kumpul ePoints (masukkan eCard/ID eCard) dan teruskan mengisi BUDI Diesel (BIO Diesel).

  1. Terminal MyKad Di Kaunter BHPetrol

Pelanggan juga boleh mendapatkan BUDI Diesel melalui kaunter pembayaran BHPetrol.

Langkah pembelian:

  • Serahkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan kelayakan subsidi.

  • Maklumkan produk (BIO Diesel), nombor pam, dan jumlah pembelian.

  • Buat pembayaran menggunakan kaedah pembayaran pilihan (Tunai/QR/Kad Bank/eWallet) serta kumpul ePoints.

  • Teruskan mengisi BUDI Diesel.

  1. Menggunakan Touch ’n Go eWallet

Selain pembayaran secara fizikal, pelanggan juga boleh menggunakan aplikasi Touch ’n Go eWallet.

Caranya:

  • Buka aplikasi Touch ’n Go eWallet.
  • Cari pilihan “BUDI MADANI”.
  • Tekan “Beli Minyak” dan sahkan lokasi stesen BHPetrol berdekatan.
  • Masukkan nombor pam, pilih produk (BIO Diesel), dan jumlah minyak yang dikehendaki.
  • Tekan “Bayar Sekarang” dan imbas kod QR di kaunter juruwang sebelum pengisian bermula.

Kuota BUDI Diesel Sehingga 300 Liter Untuk Pemilik Jip Dan Pikap

Melalui program BUDI Diesel, pemilik kenderaan diesel yang layak menerima kuota asas sebanyak 200 liter sebulan.

Bagi pemilik kenderaan diesel jenis jip atau pikap persendirian yang memenuhi syarat, mereka boleh memohon tambahan kuota sebanyak 100 liter sebulan melalui portal rasmi BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my.

Selepas permohonan diluluskan, tambahan kuota tersebut akan dikreditkan secara automatik setiap kali kuota bulanan diperbaharui, membolehkan pemilik yang layak menikmati jumlah kuota sehingga 300 liter sebulan.

Nikmati Subsidi Diesel Sambil Gunakan Ganjaran BHPetrol

Selain menikmati harga diesel bersubsidi kerajaan, pelanggan BHPetrol juga boleh mengumpul atau menebus BHPetrol ePoints serta menggunakan baucar BHPetrol ketika membuat pembayaran di kaunter stesen.

Dengan pelbagai pilihan pembayaran termasuk pengesahan melalui MyKad, terminal pembayaran di pam, kaunter BHPetrol atau Touch ’n Go eWallet, proses mendapatkan BUDI Diesel kini lebih mudah untuk pemilik kenderaan diesel yang layak.

Anda juga boleh menonton mengenai kaedah pembayaran BUDI Diesel melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai kelayakan dan permohonan BUDI Diesel, pelanggan boleh merujuk kepada portal rasmi www.budimadani.gov.my.

Video Rujukan

Kaedah Pembayaran melalui BUDI Diesel

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here