Utama Berita Automotif Mercedes-Benz SL R 230 kini 25 tahun, bumbung vario-roof, roadster ikonik pengsan...

Mercedes-Benz SL R 230 kini 25 tahun, bumbung vario-roof, roadster ikonik pengsan berdiri!

8
Mercedes-Benz SL 65 AMG Black Series der Baureihe R 230. Fahraufnahme von links vorn. (Fotosignatur der Archive von Mercedes-Benz Classic: 08C538_023) Mercedes-Benz SL 65 AMG Black Series (R 230). Driving shot from front left. (Photo index number in the Mercedes-Benz Classic Archives: 08C538_023)
Mercedes-Benz SL 65 AMG Black Series (R 230).

Mercedes-Benz SL R 230 dilancarkan 25 tahun lalu sebagai model yang membawa tradisi SL memasuki era baharu.

Ia hadir dengan ciri sebuah kereta touring sporti yang sejati, menawarkan keselesaan luar biasa, prestasi canggih serta reka bentuk yang tidak lapuk ditelan zaman.

Dengan keupayaan untuk memberikan pengalaman perjalanan jauh yang santai mahupun pemanduan dinamik, SL R 230 menggabungkan kelebihan sebuah roadster klasik dengan teknologi moden pada zamannya.

Menerusi inovasi seperti sistem vario-roof, SL R 230 menjadi generasi yang menghubungkan nilai tradisional sebuah roadster dengan kemajuan teknologi abad ke-21.

Kini, selepas lebih dua dekad, SL R 230 dianggap sebagai salah satu model klasik moden Mercedes-Benz yang semakin mendapat perhatian peminat.

Vario-roof jadikan SL R 230 sebuah coupé dan roadster

Mercedes-Benz SL 500 R 230

Salah satu ciri paling menonjol pada Mercedes-Benz SL R 230 ialah sistem vario-roof yang membolehkan model ini berubah daripada sebuah coupé kepada roadster hanya dengan satu sentuhan butang atau alat kawalan jauh.

Proses membuka atau menutup bumbung hanya mengambil masa 16 saat.

Sistem tersebut menggunakan 11 silinder hidraulik, 17 suis had dan pelbagai sensor untuk mengawal urutan operasi secara tepat.

Mercedes-Benz SL der Baureihe R 230. Visualisierung der Funktion des Variodachs. (Fotosignatur der Archive von Mercedes-Benz Classic: A2001F2159) Mercedes-Benz SL (R 230). Visualisation of the vario-roof’s functionality. (Photo index number in the Mercedes-Benz Classic Archives: A2001F2159)
Mercedes-Benz SL R 230 – Sistem vario-roof

Malah, cermin belakang turut direka untuk berpusing secara automatik ketika bumbung dibuka bagi memberikan ruang bagasi yang lebih besar.

Gabungan ini menjadikan SL R 230 yang membawa kelebihan sebuah kereta sport coupé dan roadster dalam satu model.

SL R 230 turut menjadi model pertama yang menawarkan panoramic vario-roof dengan panel kaca, memberikan rasa seperti memandu secara terbuka walaupun bumbung ditutup.

Kemasan eksklusif menerusi program designo

Mercedes-Benz SL 500 R 230)

Mercedes-Benz turut menawarkan pilihan eksklusif menerusi program designo, yang menjadi asas kepada barisan pilihan MANUFAKTUR hari ini.

Pilihan tersebut merangkumi warna luaran khas, kemasan kulit Nappa, gabungan warna dua tona serta elemen kemasan dalaman terpilih.

Sehingga kini, varian SL yang dilengkapi kemasan designo kekal antara pilihan paling diminati dalam keluarga model R 230.

Daripada SL 500 V8 hingga SL 65 AMG Black Series

Mercedes-Benz SL 55 AMG der Baureihe R 230. Einsatz als offizielles Safety Car in der Formel 1®. Fotosignatur der Archive von Mercedes-Benz Classic: 00190572)  

Mercedes-Benz SL 55 AMG (R 230). Use as official Safety Car in Formula 1®. (Photo index number in the Mercedes-Benz Classic Archives: 00190572)
Mercedes-Benz SL 55 AMG R 230 – Safety Car Formula 1®

Siri SL R 230 menawarkan pelbagai versi, daripada sebuah kereta touring yang selesa sehinggalah model sport berprestasi tinggi.

Model SL 500 membuat kemunculan dunia pada 31 Julai 2001 di Deichtorhallen, Hamburg.

Ia dibekalkan enjin V8 5.0 liter berkuasa 306 hp dan menjadi permulaan kepada siri model SL R 230 yang merangkumi pelbagai tahap prestasi.

Selepas pelancaran pasaran, siri SL R 230 diperluaskan dengan kehadiran SL 55 AMG yang menggunakan enjin V8 dengan supercas berkuasa 476 hp.

Menariknya, dua hari sebelum pelancaran dunia siri SL baharu itu, orang ramai sudah menyaksikan kemampuan SL 55 AMG sebagai Kereta Keselamatan Formula 1 pada Grand Prix Jerman 2001.

Siri SL R 230 kemudiannya mencapai kemuncak prestasi menerusi SL 600 dengan enjin V12 biturbo, selain SL 65 AMG Black Series yang menghasilkan 670 hp.

Binaan lebih kukuh dengan teknologi keselamatan moden

Mercedes-Benz SL 500L der Baureihe R 230. Exterieuraufnahme von oben aus dem Jahr 2001. (Fotosignatur der Archive von Mercedes-Benz Classic: A2001F2711)  

Mercedes-Benz SL 500 (R 230). Exterior shot from above from the year 2001. (Photo index number in the Mercedes-Benz Classic Archives: A2001F2711)
Mercedes-Benz SL 500 R 230

Selain menawarkan prestasi, SL R 230 turut menetapkan penanda aras baharu dari aspek keselamatan.

Struktur badannya menggunakan gabungan bahan seperti keluli berkekuatan tinggi, aluminium, magnesium dan pelbagai jenis plastik bagi menghasilkan binaan ringan tetapi kukuh.

Melalui pendekatan binaan ringan tersebut, SL R 230 mempunyai ketegaran torsional 20 peratus lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya, R 129.

Model ini turut dilengkapi sistem beg udara sisi head-thorax baharu yang menggabungkan fungsi beg udara kepala dan beg udara sisi bagi mengurangkan risiko kecederaan ketika kemalangan.

Dari segi aerodinamik, reka bentuk yang dioptimumkan membantu memberikan perlindungan lebih baik daripada gangguan angin ketika memandu dengan bumbung terbuka.

Nilai pekali seretan juga berjaya dikurangkan kepada Cd 0.29, berbanding Cd 0.32 pada SL R 129.

Sokongan Mercedes-Benz untuk SL R 230 selepas 25 tahun

Mercedes-Benz SL 55 AMG der Baureihe R 230. Studioaufnahme von links hinten. (Fotosignatur der Archive von Mercedes-Benz Classic: D732121) Mercedes-Benz SL 55 AMG (R 230). Studio shot from rear left. (Photo index number in the Mercedes-Benz Classic Archives: D732121)
Mercedes-Benz SL 55 AMG R 230

Hari ini, SL R 230 dianggap sebagai salah satu model Mercedes-Benz penting dari era awal 2000-an.

Gabungan sistem vario-roof, reka bentuk tersendiri serta pilihan model daripada versi touring yang selesa sehingga varian AMG berprestasi tinggi menjadikan R 230 sebagai sebuah model klasik moden yang mendapat permintaan tinggi.

Sepanjang tempoh pengeluaran antara 2001 hingga 2011, sebanyak 169,433 unit SL R 230 dihasilkan di kilang Mercedes-Benz Bremen.

Bagi memastikan pemilik terus mendapat sokongan, Mercedes-Benz menawarkan pakej jaminan untuk SL R 230 dan penggantinya, SL R 231.

Kerja pembaikan dilakukan menggunakan Alat Ganti Tulen Klasik Mercedes-Benz oleh pusat servis Mercedes-Benz yang mempunyai kepakaran terhadap model tersebut.

SL R 230 terus menjadi simbol kejuruteraan Mercedes-Benz

Selepas 25 tahun, Mercedes-Benz SL R 230 kekal sebagai contoh bagaimana sebuah roadster mampu menggabungkan keselesaan, prestasi, teknologi dan reka bentuk dalam satu pakej.

Daripada sistem bumbung vario-roof yang inovatif, pilihan enjin V8 dan V12 sehinggalah sokongan berterusan daripada Mercedes-Benz, R 230 membuktikan bahawa sesebuah model lama masih boleh terus dihargai apabila dibina dengan kejuruteraan yang tepat.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here