Utama Berita Automotif Mercedes-Benz mungkin tutup dua kilang di Jerman

Mercedes-Benz mungkin tutup dua kilang di Jerman

6

Selepas Volkswagen, Mercedes-Benz mungkin akan menjadi jenama Jerman seterusnya yang akan menutup kilang pemasangan tempatan akibat operasi yang tidak lagi kompetitif. 

Michael Schiebe selaku ketua produksi Mercedes memberitahu pekerja di kilang Sindelfingen bahawa matlamat syarikat ialah mengekalkan semua lokasi di Jerman. 

Namun beliau menambah, “Jika kami tidak dapat melakukannya, kami terpaksa menutup satu kilang pemasangan dan satu kilang rangkaian kuasa di Jerman.”

Mercedes walau bagaimanapun tidak menjelaskan kilang mana yang bakal terjejas. Mercedes kini mempunyai tujuh kilang pengeluaran rangkaian kuasa dan tiga kilang pemasangan kenderaan di Jerman. 

Sementara itu, kesatuan pekerja IG Metall menolak keras kemungkinan penutupan kilang. 

“Mengugut dengan penutupan kilang bukan cara membina masa depan,” kata kesatuan tersebut. 

Terdahulu, Volkswagen mempertimbangkan penutupan empat kilang di Jerman antara tahun 2031 hingga 2034 akibat tekanan yang serupa. 

Jenama Jerman kini berdepan dengan penguasaan pasaran daripada jenama China seperti BYD, Changan, GAC, Geely dan lain-lain yang menawarkan kenderaan jauh lebih murah. 

Sepanjang suku kedua, jualan Mercedes di China merosot 30% dengan kerugian dicatatkan sebanyak $800 juta di pasaran tersebut. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here