Utama Berita Automotif Mercedes-Benz lancar GLC 350 e 4MATIC Coupe Nightfall Edition

Mercedes-Benz lancar GLC 350 e 4MATIC Coupe Nightfall Edition

9

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-Benz GLC 350 e 4MATIC Coupé Nightfall Edition, varian istimewa menggabungkan teknologi hibrid plug-in, rekaan coupé premium dan elemen luaran berwarna hitam bagi menyerlahkan karakter lebih sporty dan eksklusif.

Model pemasangan tempatan atau CKD dikeluarkan di kilang Mercedes-Benz di Pekan, Pahang ini didatangkan dengan Night Package.

Pakej tersebut menawarkan pelbagai kemasan hitam berkilat pada bahagian luaran untuk memberikan sentuhan lebih agresif.

Dikuasakan enjin petrol turbo 2.0 liter dengan sistem hibrid plug-in, GLC 350 e Coupé Nightfall Edition mampu menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 313hp atau 230kW serta tork maksimum 550Nm.

Kuasa disalurkan melalui transmisi automatik 9G-TRONIC ke sistem pacuan semua roda 4MATIC.

Antara kelebihannya termasuk :

  • jarak pemanduan elektrik melebihi 100km berdasarkan kitaran WLTP
  • kelajuan maksimum dalam mod elektrik sehingga 140km/j
  • sokongan pengecas AC tiga fasa 11kW
  • kabel pengecasan Mode 2 turut disediakan

Varian ini menonjol dengan Night Package yang merangkumi gril dan elemen AMG Line berwarna hitam, perumah cermin sisi hitam berkilat, kemasan tingkap serta jalur sisi berwarna hitam dan pemegang pintu krom gelap.

Ia turut dilengkapi :

  • rim aloi AMG 20-inci pelbagai jejari berwarna hitam
  • bumbung panoramik gelongsor
  • running board kemasan aluminium dengan sisipan getah
  • sistem DIGITAL LIGHT dengan Adaptive Highbeam Assist Plus

Di dalam kabin, GLC 350 e Nightfall Edition menawarkan tempat duduk balutan ARTICO, panel instrumen dan kemasan dalaman gaya kulit Nappa, serta stereng sport pelbagai fungsi berbalut kulit Nappa.

Ciri teknologi pula merangkumi :

  • paparan instrumen digital 12.3-inci
  • skrin infotainmen tengah 11.9-inci
  • sistem MBUX Navigation Premium
  • MBUX Augmented Reality Navigation
  • sistem audio Burmester® 3D Surround Sound dengan 15 pembesar suara dan penguat DSP

Dari aspek keselamatan, model ini dilengkapi :

  • Active Distance Assist DISTRONIC
  • Active Lane Keeping Assist
  • PRE-SAFE® Impulse Side
  • kamera 360 darjah
  • Active Parking Assist dengan PARKTRONIC
  • paparan Transparent Bonnet untuk bantuan pemanduan luar jalan

Mercedes-Benz GLC 350 e 4MATIC Coupé Nightfall Edition ditawarkan pada harga RM442,888 atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia.

Bagi pelanggan yang memilih pelan pembiayaan Agility+, model ini boleh dimiliki dengan ansuran bermula RM4,788 sebulan.

Tawaran ini termasuk jaminan lanjutan Star Gold untuk tahun kelima dan empat pakej servis Compact Service Package.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here