Utama Berita Automotif Tan Chong raih Nissan Global Award 2026

Tan Chong raih Nissan Global Award 2026

5

Tan Chong & Sons Motor Company Sdn Bhd (TCM) pemegang francais kenderaan Nissan di Malaysia, dianugerahkan Nissan Global Award 2026, iaitu pengiktirafan tertinggi Nissan kepada pengedar yang mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Menerusi cabang jualan dan pemasarannya, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, TCM dinobatkan sebagai pasaran berprestasi terbaik daripada 20 pasaran Nissan di rantau ini bagi tahun fiskal April 2025 hingga Mac 2026.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen teguh mereka dalam memastikan kepuasan pelanggan, mencapai kecemerlangan operasi serta memacu pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Program Nissan Global Award adalah penanda aras utama Nissan dalam menilai prestasi pengedar di seluruh dunia.

Penilaian dibuat berdasarkan empat tonggak utama iaitu :

  • prestasi perniagaan
  • kepuasan pelanggan
  • kecemerlangan perkhidmatan selepas jualan
  • keberkesanan operasi

Pengiktirafan ini sekali gus mengukuhkan kedudukan TCM sebagai antara pengedar Nissan paling dihormati dan berprestasi tinggi di peringkat global.

Ia turut menyerlahkan keupayaan TCM dalam menyampaikan nilai, kebolehpercayaan dan keyakinan kepada pelanggan dalam landskap industri automotif yang semakin dinamik.

“Dalam persekitaran automotif yang semakin kompetitif dan berkembang pesat, Tan Chong Motor menyerlah menerusi daya tahan luar biasa, tumpuan terhadap pelanggan serta kecemerlangan dalam pelaksanaan.

“Keupayaan mereka mengekalkan prestasi perniagaan yang kukuh sambil meningkatkan kepuasan pelanggan benar-benar mencerminkan visi Nissan terhadap kecemerlangan pengedar.

“Anugerah ini mengiktiraf semangat, disiplin dan kerjasama luar biasa yang ditunjukkan oleh seluruh warga Tan Chong, sekali gus menjadikan mereka penerima yang layak bagi Nissan Global Award 2026,” kata Masao Tsutsumi, Presiden Nissan ASEAN dan Nissan Thailand.

“Kami amat berbesar hati menerima Nissan Global Award 2026. Pengiktirafan ini bukan sahaja milik TCM, malah milik setiap kakitangan dan rakan pengedar yang telah bersama-sama mengharungi perjalanan kami, bekerja tanpa mengenal penat lelah setiap hari demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pelanggan atas kepercayaan, kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi, yang menjadi faktor penting di sebalik pencapaian ini,” kata Christopher Tan, Naib Presiden Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

“Melangkah ke hadapan, pencapaian ini menjadi inspirasi untuk kami terus meletakkan sasaran yang lebih tinggi.

“Kami kekal komited untuk memperkukuh keupayaan jualan dan perkhidmatan selepas jualan, di samping memberikan pengalaman pemilikan kenderaan yang melebihi jangkaan pelanggan.

“Bersama rangkaian pengedar dan Nissan, kami akan terus memacu kemajuan yang bermakna, mencipta nilai yang lebih besar kepada pelanggan serta membentuk masa depan mobiliti di Malaysia,” tambah Tan.

Nissan Global Award 2026 bukan sahaja meraikan pencapaian TCM, malah mengukuhkan komitmennya yang berterusan terhadap pelanggan.

Seiring dengan perjalanan pertumbuhan dan transformasinya, TCM akan terus memberi tumpuan kepada :

  • penyampaian kualiti
  • inovasi
  • kecemerlangan perkhidmatan

Untuk maklumat terkini dan promosi kenderaan Nissan, sila layari http://www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here