TQ Wuling Bingo EV: EV harga bawah RM100K, bakal lancar suku keempat tahun ini

11

TQ Wuling bakal memperkenalkan sebuah kenderaan elektrik (EV) dengan harga bawah RM100,000 menerusi Bingo EV pada suku keempat tahun ini.

Ia adalah model pertama di bawah jenama TQ Wuling dikendalikan Tan Chong Motor Holding Berhad selepas menjalin kerjasama strategik dengan SAIC GM Wuling Automobile Co Ltd.

Kolaborasi itu menandakan langkah penting dalam memperkukuh industri automotif Malaysia dengan memanfaatkan kepakaran pembuatan yang ekstensif serta rangkaian pengedaran kukuh milik Tan Chong Motor Group, bersama teknologi kenderaan inovatif daripada SGM Wuling.

Menerusi jenama TQ WULING, Tan Chong Motor Group akan menguruskan aspek pengedaran di seluruh negara, membangunkan rangkaian selepas jualan yang kukuh, serta mengendalikan operasi pemasangan tempatan bagi memastikan pengalaman pemilikan yang lancar untuk pengguna di Malaysia.

SAIC GM Wuling Automobile Co Ltd, syarikat peneraju automotif China yang cukup dikenali kerana menghasilkan kereta elektrik, plug-in hybrid dan model pembakaran dalaman.

Selain itu, jenama itu menawarkan model untuk mengangkut penumpang dan kenderaan komersial yang praktikal.

Model pertama TQ Wuling, Bingo EV ialah kenderaan elektrik kompak yang bergaya, praktikal dan mampu milik untuk pemanduan  harian di kawasan bandar.

Untuk pasaran tempatan, tiada lagi spesifikasi yang dikongsikan. Namun berdasarkqn spesifikasi Wuling Bingue EV di Indonesia, ia ditawarkan dua bateri iaitu 31.9 kWh dan 37.9 kWh yang masing-masing boleh dipandu sejauh 333km serta 410km.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tan Chong Motor Group, Daniel Ho berkata, kerjasama dengan SGM Wuling adalah satu langkah penting dalam mengembangkan kehadiran TQ Wuling di pasaran tempatan.

“Ia juga menyumbang kepada ekonomi negara melalui pengeluaran secara tempatan di Malaysia,” katanya.

Untuk makluman, SGM Wuling mempunyai pengalaman dalam bidang automotif lebih 40 tahun.

Kenderaan pertama mereka mula diproduksikan pada 1982 dan sehingga kini mencecah 30 juta dengan jumlah jualan serta pengeluaran yang dijual lebih 60 negara.

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here