Utama Berita Automotif Jualan Ogos : BEV dominasi top 10, Toyota Corolla cuma tangga ke-13

Jualan Ogos : BEV dominasi top 10, Toyota Corolla cuma tangga ke-13

1

Kenderaan elektrik bateri (BEV) mendominasi sembilan daripada 10 kedudukan teratas carta jualan kereta penumpang di China bagi bulan Ogos.

Satu-satunya model bukan BEV sepenuhnya yang berada dalam kelompok 10 teratas ialah BYD Fang Cheng Bao Ti7 di posisi keempat.

Namun begitu, 55 peratus daripada keseluruhan jualan model Ti7 terbaharu itu disumbangkan oleh varian BEV, manakala selebihnya varian PHEV.

Kereta ICE Sekali Lagi ‘Tersingkir’ Dari Carta Top 10

Bulan Ogos menandakan kali kedua dalam sejarah yang mana tiada sebuah pun kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) berjaya menembusi senarai 10 model paling laris di China.

Model petrol terlaris iaitu Toyota Corolla sekadar berpuas hati di tangga ke-13 menerusi pendaftaran 14,675 unit kenderaan manakala Geely EX2 mendahului keseluruhan pasaran dengan jualan sebanyak 39,651 unit. 

Bagi tempoh kumulatif Januari hingga Ogos 2026, pendaftaran Geely EX2 mencapai 266,166 unit diikuti Tesla Model Y (226,931 unit) dan Li Auto i6 (152,845 unit).

Leapmotor A10 menduduki tempat kedua bagi bulan Ogos dengan jualan 30,652 unit diikuti Tesla Model Y di kedudukan ketiga dengan 29,260 unit.

Tesla Model 3 pula berada di tangga keenam dengan jualan 20,787 unit. Menariknya, sedan Xiaomi SU7 jatuh daripada kedudukan ke-4 pada bulan Julai ke tangga ke-10, manakala SUV Xiaomi YU7 turun ke tangga ke-19 dengan jualan 13,635 unit.

Lima model ICE berjaya memasuki carta 20 teratas merangkumi Toyota Corolla Cross, Geely Starray, Volkswagen Lavida, Toyota RAV4, dan Geely Monjaro. Model Lavida merupakan satu-satunya sedan tersenarai dalam kategori ICE itu. 

Situasi ini amat memeritkan buat model seperti Volkswagen Lavida dan Nissan Sylphy yang dahulunya konsisten merekodkan jualan melebihi 20,000 unit di tangga lima teratas tetapi kini bergelut untuk kekal dalam senarai 25 teratas dengan Sylphy jatuh ke tangga ke-23 (12,227 unit).

BYD menempatkan empat model dalam senarai 20 teratas iaitu Atto 2, Song Ultra, Song Pro, dan Sealion 6.

Senarai Top 10 Jualan Ogos :

  1. Geely EX2: 39,651 unit

  2. Leapmotor A10: 30,652 unit

  3. Tesla Model Y: 29,260 unit

  4. Fang Cheng Bao Ti 7: 23,471 unit

  5. BYD Atto 2: 22,958 unit

  6. Tesla Model 3: 20,787 unit

  7. Changan Nevo Q05: 17,349 unit

  8. Li Auto i6: 16,979 unit

  9. BYD Dolphin: 16,829 unit

  10. Xiaomi SU7: 16,518 unit

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here