ETCM melancarkan kempen “March Deal Boosters”, pelanggan boleh memenangi jutaan Boost Stars

660

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah melancarkan kempen “March Deal Boosters”, yang mana pembeli model Nissan baharu boleh memenangi jutaan Boost Stars.

Menurut ETCM, Boost Stars, biasanya dikumpulkan melalui transaksi menggunakan aplikasi Boost, boleh ditebus untuk ganjaran daripada katalog BoostUP.



“Sehingga 20 juta Boost Stars akan diberikan semasa tempoh kempen mulai 1 hingga 31 Mac 2022.

“Model Nissan yang boleh mendapat Boost Stars adalah Nissan Almera 1.0L Turbo yang baharu, Nissan Navara 2.5L Turbo 4WD baharu, Nissan X-Trail dan Nissan Serena S-Hybrid,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, pakej aksesori dan perkhidmatan penyelenggaraan percuma juga ditawarkan untuk nilai wang yang lebih baik, kata ETCM.

“Pelanggan yang menang akan dapat menggunakan bintang-bintang ini untuk memilih ganjaran pilihan mereka dari katalog BoostUP supaya mereka mendapat sesuatu yang berbeza dan sesuatu yang akan mereka hargai.

“Kami berharap rakyat Malaysia akan menggunakan peluang ini untuk membeli kenderaan Nissan yang baharu sementara masih terdapat pengecualian cukai jualan,” kata syarikat itu.

ETCM, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Bhd, adalah bahagian jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here