Motosikal Triumph lantik GENE Advance sebagai pengedar sah di wilayah Tengah.

526

Triumph Motorcycles Malaysia baru-baru ini mengumumkan GENE Advance Sdn. Bhd. (GENE Advance) sebagai pengedar sah terbaharunya di wilayah Tengah. 

 



GENE Advance ialah anak syarikat Welly Advance Bikers Sdn. Bhd. yang telah menjadi pengedar motosikal sejak 25 tahun yang lalu.

Bakal dibuka pada hujung Mac ini, pengedar baharu yang terletak di Batu Caves, Kuala Lumpur itu menempatkan satu ruang pameran, pusat servis, selain jualan alat ganti dan barangan. 

Pelantikan itu menjadikan jumlah cawangan dan pusat servis Triumph Motorcycles Malaysia kepada enam. Ini termasuklah ibu pejabatnya di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Auto City Juru, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

“Individu di belakang GENE Advance dan Welly Advance Bikers cukup dihormati. Kami yakin mereka akan dapat memberi sumbangan yang signifikan dalam menyokong jenama Triumph dan pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes Sdn. Bhd. Dato’ Razak Al Malique Hussain.

Motoradic Sdn. Bhd. merupakan pengimport rasmi motosikal Triumph di Malaysia. Manakala anak syarikatnya, Fast Bikes ialah pengedar eksklusif jentera tersebut. 

“Triumph mempunyai koleksi motosikal yang luas. Kami menjangkakan motosikal jenis adventure dan touring akan diterima baik. Tidak terkecuali, model-model moden klasik yang cukup menarik,” kata Pengurus Besar GENE Advance, Eugene Ngo Ting Jun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here