Trekker GT, basikal elektrik pertama keluaran Triumph Motorcycles

1956

Triumph Motorcycles Ltd, jenama pengeluar motosikal premium dari United Kingdom, kini memperkenalkan produk dua tayar terbaru mereka. 

Triumph Motorcycles

Bukan motosikal, tetapi ianya adalah sebuah basikal elektrik. Diberi nama Trekker GT, basikal elektrik ini merupakan basikal elektrik pertama yang diperkenalkan oleh pembuat motosikal terkenal di dunia ini.



Apa yang menarik, dengan sekilas pandang, basikal ini kelihatan sebagai model komuter yang sangat berkemampuan. Akan mula dijual di Eropah, satu unit basikal ini berharga $3,318 (RM14,192).

Basikal ini disertakan dengan reka bentuk yang minima, bateri, pendawaian, dan sistem pemacu yang diletakkan didalam bingkai aluminium ringan. Menurut Triumph, Trekker GT adalah “pilihan yang tepat untuk semua perjalanan, dan akan memberikan kecergasan dan keseronokan menunggang”.

Basikal elektrik pertama keluaran Triumph Motorcycles ini disertakan dengan torquey powertrain terbaru dari Shimano, termasuk motor 250W yang mampu menghasilkan 60Nm tork.

Baterai Shimano E8035 504Wh yang disertakan juga mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 150km dalam satu isian penuh. Berat keseluruhan basikal elektrik ini ialah 3kg ditambah dengan bateri yang dapat dikunci pada badan basikal. Secara keseluruhan, berat basikal ini mencecah 24kg.

Sistem paparan yang ada pada basikal ini, juga dari Shimano akan memberikan penunggang empat pilihan semasa menunggang dan juga akan memaparkan ciri seperti kelajuan, jarak, tempoh perjalanan, gear, dan sisa kuasa bateri.

Basikal ini turut disertakan dengan sistem brek Shimano Deore M6000 yang disertakan dengan cakera berukuran 180mm/160mm, mekanisma shifter 10-speed dari Deore Shadow dan fork hadapan dari RockShox Paragon.

Menurut Triumph, dengan penyertaan hendal lebar yang simpit, dan pelana dari Selle Royal Vivo akan memberikan penunggangnya “ergonomi yang optimum dan kawalan yang baik semasa menunggang”.

Ciri-ciri lain yang disertakan pada basikal ini ialah lampu LED yang disepadukan, mudguards yang bewarna hitam matte, tempat duduk untuk penumpang di bahagian belakang, pengunci U-lock 270mm, dan lencana Triumph pada bahagian depan basikal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here