Mazda BT-50 ini ialah trak pikap dengan gaya paling kemas

2887

Setelah lama menghilangkan diri dalam pasaran, trak pikap Mazda BT-50 kini kembali. Jika anda perasan BT-50 sebelum ini merupakan kenderaan yang direka semula dari Ford Ranger, kini tidak lagi. Sebaliknya, Mazda BT-50 kali ini direka berlandaskan Isuzu D-MAX.

Kalau D-MAX itu sebuah trak pikap yang lasak dan rugged, mungkin BT-50 boleh dikatakan sebagai versi lebih kemas, malah seperti trak pikap paling kemas pada masa ini.



Ia juga mendapat muka depan dan pintu kargo berbeza dari trak Isuzu itu. Muka depan BT-50 ini sememangnya menggunakan bahasa rekaan terkini Mazda iaitu Kodo Design.

Warna yang ditawarkan adalah Gunblue Mica dan Concrete Grey, lebih memberikan gaya “perindustrian”, tidak seperti warna merah Soul Red Crystal pada model seperti Mazda 3 dan CX-5.

Mazda BT-50 ini akan dipacu oleh enjin Isuzu 3.0-liter diesel dengan 190PS dan 450Nm tork. Transmisi pula ialah automatik dan manual 6-kelajuan.

Tidak dapat dipastikan sama ada BT-50 akan mendapat enjin 1.9 Blue Power seperti pada D-MAX terkini yang kami telah pandu uji.

Rekaan dalaman BT-50 ini seperti dijangka, sangat mirip sebuah kereta dengan kemasan kulit lembut. Ini pastinya buatkan kita sayang mahu menggunakan Mazda BT-50 untuk kerja-kerja lasak.

Apa pendapat anda mengenai Mazda BT-50 baharu ini?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here