Mazda CX-5 2019 didedahkan dengan kehadiran 2.5 Turbo AWD

3172

Mazda CX-5 2019 yang dikemaskini telah diperkenalkan, dengan 5 varian kesemuanya. Senarai varian dan harga adalah seperti berikut:

2.0G 2WD Mid: RM137,379.20
2.G 2WD High: RM154,379.20
2.5G 2WD High: RM167,770.40
2.2D 2WD High: RM172,532.80
2.5 Turbo 4WD: RM181,770.40



Kesemua model CX-5 ini dipasang di fasiliti Inokom di Kulim, Kedah. Enjin SkyActiv-G 2.0-liter petrol menghasilkan 162hp dan 213Nm tork, manakala SkyActiv-G 2.5-liter petrol menghasilkan 173hp dan 257Nm tork.

Untuk diesel pula, SkyActiv-D 2.2-liter itu menjana 173hp dan 420Nm tork. Akhir sekali, varian dengan enjin baharu 2.5-liter turbo SkyActiv-G menjana 228hp pada 5,000rpm dan 420Nm tork pada 2,000rpm.

Pada 10.5:1, enjin ini mempunyai antara nisbah mampatan tertinggi dalam mana-mana enjin turbo petrol empat-silinder.

Semua enjin dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv-Drive berserta i-Stop Idling dan G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) sebagai standard.

Kelengkapan luaran pula adalah LED untuk semua lampu depan, belakang, lampu kabus dan DRL, kecuali variant 2.0 2WD Mid yang mendapat DRL mentol.

Dua varian 2.0-liter diberikan rim aloi 17-inci manakala varian lain mendapat rim aloi 19-inci. Tayar adalah Toyo Proxes untuk semua.

Di dalam kabin pula, Mazda CX-5 kini mendapat Apple CarPlay dan Android Auto sebagai standard, dan boleh diakses melalui paparan infotainmen MAZDA CONNECT.

Kluster instrumen juga baharu, kini menampilkan grafik baharu dan paparan LCD TFT boleh ubah, seperti terdapat pada Mazda3 2019.

Eksklusif pada 2.5 Turbo AWD ialah paparan HUD berwarna pada cermin depan.

Lain-lain pada kabin terdapatnya tempat duduk depan berkuasa, balutan kulit dengan kemasan kayu/besi, brek parkir elektronik dan roda stereng pelbagai fungsi.

Untuk keselamatan, Mazda CX-5 2019 dilengkapi dynamic stability control, traction control system, anti-lock braking system, electronic brake distribution, emergency brake assist, emergency stop signal dan hill-launch assist.

Ciri tambahan adalah adaptive front lighting system, blind spot monitoring, rear cross traffic alert, smart city brake support forward, driver attention alert dan smart city brake support reverse.

Lapan warna ditawarkan, iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Meteor Gray, Jet Black dan Arctic White.

Mazda CX-5 dilindungi dengan jaminan 5-tahun atau 100,000km dan penyelenggaraan percuma untuk 5-tahun/100,000km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here