Dulu jual kenderaan terpakai dan hampir muflis, kini Sheilla Tukimin miliki bas!

4756

“Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian”, itulah pribahasa yang boleh diungkapkan melalui kisah hidup yang dilalui oleh Sheilla Tukimin.

 Sheilla Tukimin
Sheilla Tukimin

Selepas perkahwinannya gagal, perniagaan kenderaan terpakai yang menjadi punca rezeki untuk menyara dua anaknya pula hampir gagal. Namanya dulu pernah disenarai-hitam, berpunca dari modal pusingannya ‘sangkut’ kerana ketidakcekapan sebuah agensi kerajaan. 

Akhirnya, satu persatu aset perniagaannya terpaksa dijual pada harga beli dan tidak memperoleh sebarang keuntungan.



Walau bagaimanapun, setelah menghadapi dugaan yang sangat sukar dalam hidup, Sheilla akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila dia bertemu dengan wakil Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) yang memperkenalkan skim pembiayaan pinjaman.

“Saya mendapat pembiayaan RM3,000 daripada Hijrah Selangor sebagai modal pusingan untuk membeli kenderaan terpakai untuk dijual semula, selepas beberapa tahun ia mula membuahkan hasil dan dari situ saya beli pula bas terpakai,” katanya.

Bermula dari situ, Sheilla bangkit daripada masa lalunya. Dengan pinjaman yang hampir mencecah RM100,000, dia mengambil inisiatif dengan mengembangkan perniagaannya melalui perniagaan sewa bas. 

Menurut SelangorKini, kini Sheilla Tukimin telah memiliki dua buah bas yang dibeli secara tunai. Selain itu, perniagaan menjual kenderaan terpakai yang diusahakannya sejak tahun 2005 dapat diselamatkan. Kedua-dua anaknya pula kini sudahpun menamatkan pengajian di menara gading.

“Saya sememangnya terhutang budi dengan Hijrah Selangor yang membantu pada saat-saat sukar dan hampir muflis sehingga kembali bangkit, sekarang saya mahu bantu orang lain pula,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here