Kereta diisytihar ‘total lost’, jumpa iklan kereta terpakai ‘free accident’

5064

Kereta terpakai atau kata nama lain used car dan second hand sememangnya mempunyai pasaran mereka tersendiri. Ini kerana faktor-faktor seperti pembelian kereta kedua di rumah (ada kereta lain dibeli baharu), kereta ‘rare’ untuk koleksi atau kerana keadaan kenderaan itu sendiri yang masih tiptop.

Namun bercakap mengenai keadaan tiptop, sebagai pembeli bijak ianya menjadi suatu common sense untuk menyelidik sebetulnya maklumat dan sejarah kereta itu. Rekod servis dan rekod kemalangan harus menjadi perkara utama untuk diselidik.



Baru-baru ini, sepasang suami terkejut apabila kereta milik mereka yang pernah diisytiharkan total lost kerana kemalangan dijumpai di iklan kereta terpakai dengan keterangan bahawa ia free accident.

Ini merupakan kes yang agak baharu dan kami sendiri tak pernah mengetahui akan kes seperti ini. Mungkin ada di luar sana kenderaan dengan situasi sama, cuma perkara itu tidak pernah diketahui oleh pemilik baharu.

Berikut adalah perkongsian oleh sumber di Facebook yang dipercayai tidak mahu identitinya didedahkan:

Hati-hati dengan beli kereta second hand.

Gambar di bawah yang kemek(rosak) tu 27 Januari tahun 2016 wife saya accident di tol Jelapang Ipoh. Toyota declare total lost. Dan kami dapat pampasan full settle payment untuk loan dan sedikit duit lebih.

Gambar di bawah yang cantik dengan iklan mudah tu ialah hari ini. Wife saya dihubungi oleh seorang polis yang berminat dengan iklan  itu. Dia mahu membeli kereta tu, tapi mahu check terlebih dahulu. Iklan di mudah dia promosi free accident, low mileage.

Ye,, memang low mileage sebab masa tu 40k lebih je mileage dan berusia setahun lebih sahaja. Wife saya ceritakan total lost dan BER ( BEYOND ECONOMICAL REPAIR). Terus polis tu tak jadi beli. Walaupun nama second tu bukan nama wife saya, sebab dia first owner. So polis tu call untuk kepastian.

So hati-hati la nak beli second hand. Check dulu elok ke tak. Chasis semua dah lari, bukan apa. Untuk keselamatan kita. Yang check tu abang polis. Yang kita ni macam mana la nak check.”

Kami kurang pasti dengan kesahihan perkongsian ini. Kami juga ada cuba mencari iklan seperti di dalam gambar, tapi tak dijumpai. Mungkin juga iklan itu telah dipadam oleh pengiklan.

Adakah anda tahu info lanjut mengenai kes ini? Atau anda sendiri pernah mengalami perkara sama? Boleh diceritakan di ruangan komen.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here